Isnin, 5 Januari 2009

BAHAYA KRISTIANISASI (pengajaran kepada kita semua)

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman websebuah gerakan Kristian di Australia menceritakanorang-orang Melayu yang murtad.Wanita Islam yang berkongsi rahsia cintaDisiarkan pada 28/06/2006 http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepadakebebasan seks, yang membentuk realiti harian satupertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yangmasuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRINARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kadpengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina,dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanitaberusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegidengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Diadatang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysiaiaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsaMelayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurutKamariah, seorang Melayu adalah Islam menurutdefinisi. Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengahmasyarakat jika mereka masuk Kristian.Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbukakeluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor,pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utamalayarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke KepulauanFaulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlakuantara tanjung dan kepulauan tersebut adalahspekulasi. Di internet ramai orang Islamtertanya-tanya samada Mansor yang tidak lagi menetapdi Malaysia benar-benar keluar dari Islam. Danbanyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian.Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas dilaut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudianmuncul Jesus. Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenalapabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islampada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dariAzlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi JabatanPendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataanIslam pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut,bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan,tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah mahkamah diMalaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaranIslam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialahapabila hakim berkata , Memandangkan plaintifseorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islamsehinggalah dia mati.Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, danrayuannya yang terkini akan didengari di MahkamahTinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akanditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasaperundangan terhadap mereka yang ingin keluar dariIslam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan PersekutuanMalaysia) menjanjikan kebebasan beragama. Benar untukagama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang inginkeluar dari Islam. Kata Kamariah lagi.Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahunadalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gerejaantarabangsa. Ramai orang Melayu Kristianmenyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia,menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkansebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariahakan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianyatermasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmatnasihat perkahwinan tersebut berlandaskanprinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakanperundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan danianya telah diluluskan.Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadimasalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menuruthukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orangIslam yang lain.Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitumengahwini seorang Melayu Kristian lain yang ataskertas masih lagi seorang Islam, menurut wanita mudatadi. Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orangIslam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dankitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kitaingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlakutanpa masalah. Mahkamah Syariah boleh membuatkeputusan untuk memenjarakan saya, kata Kamariah.Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untukberkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan diahidup seperti kebanyakan yang belum berkahwin diMalaysia bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Merekatidak tahu anak mereka seorang Kristian. Di sini sayaharus berhati-hati dengan siapa saya bercakap,menurut Kamariah. Ada orang Melayu yang tolerantetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akanmenghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika merekatidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikirmereka bersubahat untuk melindungi saya dan ituadalah tidak baik dalam Islam.Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas duatahun menjalinkan hubungan dengan seorang CinaKristian. Saya sentiasa iri hati, dia mempunyaihubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh,tidak boleh dicapai, katanya lagi. Doa dia dijawab.Doa saya tidak. Jadi Kamariah pada satu harimenyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyaktelah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenaiKristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang dirumah. Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayatQuran daripada dinding dan menggantung gambar bunga,katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidakperlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. Saya haraplebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengahmasyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secaraterbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalammasyarakat kita.

Tiada ulasan: