Ahad, 25 Januari 2009

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA

KISAH DAN TAULADAN
Kisah Nabi Musa dan seorang Wali Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk Nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya. Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur Sina bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya. Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan dengan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu. Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali. 9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah). Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau Tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya. Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’: Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya… Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya”.

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA




KELEBIHAN ORANG -ORANG YANG MENDAPAT BIMBINGAN ALLAH S.W.T


Ulama merupakan pewaris para anbiya. Namun demikian, ulama yang dimaksudkan disini bukanlah mereka yang memperolehi ilmu mereka daripada buku-buku. Ulama yang dimaksudkan ialah mereka yang bergelar aqtab.


Bagi golongan ini, Allah telah membuka enam kunci kuasa di dalam hati mereka, dan juga memberitahu mereka tujuh nama peribadi yang ada untuk mereka.


Lima peringkat Qutub:


• Qutub

• Qutub al-Bilad

• Qutub al-Mutassarif

• Qutub al-Irshad, dan

• Qutub al-Aqtab.


Qutub merupakan seorang yang telah dianugerahkan oleh Allah satu kuasa yang boleh mengeluarkan daripada zat Muhamamd ilmu-ilmu kerohanian dari alam kerohanian dan ghaib ke dunia. Beliau dapat memperolehi dan mengeluarkan ilmu dan rahsia dari hati Rasulullah (saw). Ini merupakan tahap pertama seorang qutub.


Qutub al-Bilad bertanggungjawab ke atas susunan dan kestabilan di dalam dunia ini. Beliau tahu tentang keperluan-keperluan setiap bangsa dan segala kumpulan makhluk di bumi ini.


Qutub al-Irshad menjadi penasihat kepada 124,000 para awliya.


Qutub al-Mutassarif diberi otoriti untuk mengarah para malaikat kepada setiap manusia dan makhluk, dan juga bertanggungjawab ke atas makhluk-makhluk yang kecil seperti cacing-cacing yang tinggal di celah-celah batu. Semua kuasa ini datangnya dari Sayyidina Muhammad (saw).


Qutub al-Aqtab menyelia dan bertanggungjawab ke atas aqtab-aqtab yang lain.

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA

Jenis Wali-Wali Allah PEMBAHAGIAN WALI-WALI Allah .


1. Al-Aqtab Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-A immah Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An-Nuqaba' An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba' An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi: "Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam". Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA


DATO' KENALI dan sumbangannya kepada ISLAM NUSANTARA......



Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Tanah Melayu. Sezaman dengan Tun Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H-1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu dan soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum itu, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawwuf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun, beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa, bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan.

Antara murid-muridnya termasuklah Hj. Mat Jebeng, Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payung, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato' Hj. Ahmad Maheral-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato' Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato' Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato' Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhar Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).


Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri, Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah), juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' itu sangat berkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali. Beliau kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad, 2 Syaaban 1352 bersamaan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA

TANDA-TANDA WALI Allah


1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt. Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: "Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka." Dari Said ra, ia berkata: "Ketika Rasulullah saw ditanya: "Siapa wali-wali Allah?" Maka beliau bersabda: "Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah."

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya. Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: 10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I hal. 6 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya' dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6). "Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu'adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu'adz?" Kata Mu'adz: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu."

3. Mereka bertakwa kepada Allah. Allah swt berfirman: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat"13 Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: "Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana."

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya. Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata: Hadis riwayat Nasa'i, Al Bazzar dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6 Surah Yunus: 62 - 64 Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104 "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah." Tanya seorang: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?" Sabda beliau: "Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah." Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

5. Mereka selalu sabar, wara' dan berbudi pekerti yang baik. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa"Rasulullah saw bersabda: Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5 "Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara' dan berbudi luhur kepada orang lain." Rasulullah saw bersabda: "Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka." Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: "Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat."

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana. Dari Ibnu Umar ra, katanya: "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang." Rujukan:- Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya' Hadis riwayat Abu Hu'aim dalam kitab Al Hilya Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah. Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha'i: "Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da'i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka."

9. Mereka senang bermunajat di akhir malam. Imam Ghazali menyebutkan: "Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: "Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. " Tanya seorang siddiq: "Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?" Firman Allah: "Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku', sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?" Rujukan:- Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80 Ihya' Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah. ‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Malaikat memberitahu kepadaku: "Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur'an. Mereka suka membaca Al Qur'an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: "Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu."

11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya. Dari Anas ibnu Malik ra berkata: "Rasul saw bersabda: "Berapa banyak manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra' ibnu Malik, salah seorang di antara mereka." Ketika Barra' memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: "Wahai Barra', sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: "Andaikata Barra' berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami." Maka Barra' berdoa, sehingga kami diberi kemenangan. Di medan peperangan Sus, Barra' berdo'a: "Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu." Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra' gugur sebagai syahid. Rujukan:- Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I, hal 16

12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung. Abdullah ibnu Mas'ud pernah menuturkan: "Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan", pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: "Apa yang engkau baca di telinga orang itu?" Kata Abdullah: "Aku tadi membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan" sampai akhir surah." Maka Rasul saw bersabda: "Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur." - Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam Al Hilya jilid I hal 7

Selasa, 20 Januari 2009

DAJJAL: BAHAYA YANG MENANTI

Di mana-mana sahaja forum di internet hatta di kedai kopi sekali pun akan berlaku suatu percanggahan pendapat tentang memahami permasalahan Dajjal. Biasanya percanggahan pendapat itu meliputi perkara-perkara berikut:
• Bagaimana rupa sebenar Dajjal itu?• Bagaimana bentuk badan, saiz dan kepalanya?• Apakah sebenarnya Dajjal itu?• Bagaimana ia muncul?• Bila ia muncul?• Dan sebagainya…
Persoalan-persoalan di atas seringkali timbul apabila dua orang atau lebih cuba berbincang tentang hal ehwah kewujudan Dajjal itu. Namun tidak akan ada yang mengatakan Dajjal itu palsu atau perkara karut kerana ia diberitakan sendiri oleh Rasulullah SAW di dalam hadithnya.
(Semenjak blog ini dibuka pada 31 Julai 2007, kami sering menerima email-email berbentuk ugutan, kecaman dan penghinaan terhadap Islam. Kebanyakan email adalah dari Indonesia dan kami yakin ianya ditulis oleh individu non-muslim.)
Konflik Ketika Berbicara Hal Dajjal
Apabila berbicara hal Dajjal, biasanya tidak timbul sebarang masalah dikalangan masyarakat awam. Masalah mungkin hanya akan timbul apabila di dalam kelompok perbincangan itu ada individu-individu yang bertegas tentang pendapat masing-masing tanpa mempedulikan pandangan orang lain.
Biasanya masyarakat yang berbincang seperti situasi ini akan menggunakan nama orang-orang tertentu untuk mengukuhkan pandangannya. Nama yang biasa digunakan ialah ustaz-ustaz, ulama-ulama atau penceramah-penceramah agama.
Dalam konflik perbincangan seringkali kita akan mendengar individu-individu ini menyebut seperti ini;
“Aku dengar ustaz tu cakap…..”« Aku ada terbaca satu buku, ustaz tu cakap … »« Aku ada dengar satu ceramah, ustaz tu cakap … »
Yang lebih memeningkan lagi apabila ada yang lebih ekstrem bila berbicara…
« Sebenarnya Dajjal itu……, aku dah baca dalam kitab pun …. »
Itulah pelbagai dialog yang biasa kita dengar apabila berbicara tentang hal ehwal Dajjal.
Perbezaan pendapat itu dibolehkan, tetapi haruslah menjaga adabnya. Di dalam membicarakan hal Dajjal ini, tiada siapa boleh mengatakan ianya benar (hatta Blog ini sendiri atau Muhammad Isa Dawud sendiri pun).
Dajjal adalah suatu perkataan yang disabdakan Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu. Ianya akan muncul pada akhir zaman tetapi bagaimana ia muncul, rupa sebenar, tidak kita ketahui.
Kita boleh membuat teori tetapi kita tidak boleh mengatakan ianya benar 100% dan kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut pendapat kita.
Tertib tulisan Muhammad Isa Dawud
Jika anda peminat setia tulisan-tulisan Muhammad Isa Dawud, anda akan dapati tiada langsung unsur-unsur paksaan yang dikemukakan oleh Muhammad Isa Dawud. Beliau hanya memberikan pandangan berasaskan kajiaannya. Kemudian terpulang kepada kita sama ada mahu berpegang kepada teorinya atau membiarkannya sahaja.
Teori Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal adalah jelas, beliau mempercayai Dajjal itu manusia dan makhluk itulah yang mengatur semua strategi konspirasi di seluruh dunia. Kemudian menjadikan individu-inidivdu Yahudi tertentu sebagai agen-agennya.
Matlamat Blog ini
Seperti Blog ini, ianya dibina khusus untuk mendakwahkan teori-teori Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal. Disamping itu, ia cuba memperkembangkan teori-teori tersebut berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan sendiri.
Sesiapa jua yang membaca blog ini dan pandangannya tentang Dajjal tidak perlu untuk setuju 100%. Tiada paksaan dalam memahami teori-teori yang kami bawa ini.
Namun blog ini tidak dibina hanya sekadar untuk memenuhi ruang-ruang bicara hal ehwal Dajjal. Kami amat serius terhadap setiap artikel kami dan kami cuba membina artikel itu dengan kaedah sendiri dan cernaan pandangan kami sendiri.
Adab Individu
Sekiranya anda bersetuju dengan pandangan Muhammad Isa Dawud dan Blog ini, ianya merupakan suatu talian dakwah yang tidak kelihatan. Sekiranya ada individu lain yang berbeza pendapat dengan anda, janganlah pula membangkang pandangan orang itu dan merendah-rendahkan pengetahuannya.
Harus bagi kita menghormati perbezaan pendapat orang lain walaupun belum tentu orang lain menghormati pandangan kita. Menghormati dan mendengar pandangan orang adalah sifat paling mulia dan menjauhkan diri dari takkabbur.
Orang yang mempunyai pandangan yang berbeza bukanlah bermakna ia salah. Tetapi itu bermakna ia mempunyai sifat ambil tahu. Adalah lebih baik berhujah dengan orang yang suka mengambil tahu dari yang malas langsung berfikir tentang Dajjal.
Memahami Perbezaan Pandangan Para Ulama
Terdapat pelbagai ulama, imam dan tabi’in yang membicarakan hal ehwal Dajjal, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi dalam kitab-kitab mereka. Perbezaan itu adalah disebabkan mereka tinggal di negera-negara yang berlainan, budaya berlainan, bercakap bahasa ibunda yang berlainan dan menuntut ilmu pada guru-guru yang berlainan.
Tiada siapa yang salah tiada siapa yang betul. Semua pandangan yang dikemukakan boleh jadi salah dan boleh jadi juga betul.
Adab kita apabila membaca kitab-kitab mereka jangan pula kita menganggap imam ini salah, imam itu betul. Setiap imam ada ijtihad masing-masing berdasarkan kesempurnaan ilmu masing-masing.
Perbezaan pandangan antara mereka tidaklah sampai bertegang urat dan mencerca kelompok lain. Seperti mana jika anda ke Mekah, tiada bacaan Qunut oleh Imam Masjidil Haram tetapi ia bukanlah pula jatuh kepada taraf tidak sah sembahyang. Anda juga tidak akan mendengar ulama di Malaysia mengatakan solat berjemaah di sana tidak sah.
Bicara solat di Mekah dan solat berimamkan imam mazhab-mazhab lain perlu dpelajari dari ilmu-ilmu mazhab.. Dan ilmu-ilmu mazhab ini pula adalah syarat pula untuk melantik seseorang tersebut ke jawatan Mufti.Perbezaan Pandangan Itu Cabang-Cabang Ilmu
Tidak ramai yang mahu peduli bahawa ‘perbezaan pandangan’ itu adalah cabang-cabang ilmu. Ianya amat digalakkan dalam Islam walaupun khilaf yang wujud mungkin berada pada kategori kritikal.
Kita sering mendengar perkataan ‘khilaf ulama’ di dalam jawapan-jawapan para ustaz yang menjawab soalan-soalan pembaca di akhbar-akhabr atau majalah. Apabila menjawab soalan pembaca, kebiasaan ustaz-ustaz ini akan mengemukakan khilaf-khilaf ulama.
Tujuan dikemukakan khilaf-khilaf itu bukanlah bertujuan mengelirukan pembaca tetapi ia adalah adab seseorang yang ‘berilmu’ apabila menjawab permasalahn masyarakat.
Maksud khilaf ulama (khususnya hal ehwal Dajjal) itu bukanlah percanggahan pendapat yang sehingga menimbulkan permusuhan antara ulama. Perselisihan mereka adalah dalam konteks bicara ilmu, mereka bercanggah berdasarkan tahap pengetahuan dan pengalaman masing-masing.
Categories: General Tagged: , , , , ,

Rabu, 7 Januari 2009

GAMBAR SAUDARAKU MUJAHIDDIN PALESTINE
















EPISOD, MUSLIM DI CHINA ...KEKEJAMAN YANG TERLINDUNG 1


Sepanjang tahun 2008, pemerintah China menangkap sekitar 1.300 Muslim di wilayah Xinjiang yang mayoritas penduduknya Muslim, dengan tuduhan beragam, mulai dari tuduhan terorisme, ekstrimisme agama dan tuduhan-tuduhan lainnya berkaitan dengan masalah keamanan.
Laporan surat kabar Procuratorial Daily menyebutkan, pemerintah China melakukan banyak penangkapan terhadap Muslim sepanjang tahun 2008 dengan alasan untuk kepentingan stabilitas sosial karena pada saat itu China menjadi tuan rumah olimpiade yang berlangsung pada bulan Agustus.
Gelombang penangkapan itu memicu aksi kekerasan di Xinjiang menjelang pembukaan olimpiade. Media massa China menuding aksi-aksi kekerasan itu sebagian besar dilakukan oleh kelompok separatis Muslim Uighur China. Di Xinjiang, wilayah gurun yang luas yang membatasi Asia Tengah ini, terdapat sekitar delapan juta Muslim Uighur. Mereka sudah puluhan tahun mengeluhkan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah China.
Pemerintah China memerintahkan aparat hukumnya untuk melakukan tindakan tegas bagi kelompok-kelompok yang dianggap kelompok teroris, ekstrimis dan kelompok agama yang dinilai membahayakan keamanan negara China.
Bulan Desember kemarin, pengadilan China menjatuhkan vonis hukuman mati pada dua warga Muslim yang dituduh sebagai 'teroris' karena menyerang polisi China dalam insiden di Xinjiang yang menewaskan 17 polisi China dan 15 polisi lainnya luka-luka. Insiden tersebut terjadi empat hari sebelum pelaksanaan olimpiade. Dua warga Muslim itu dituding telah melakukan sabotase terhadap pelaksanaan olimpiade dan membunuh petugas polisi. (ln/aby)

BALASAN KEJAHATAN ISRAEL

Insiden salah tembak mewarnai agresi militer Israel ke Jalur Gaza. Sebuah tank Israel secara tak sengaja menembak posisi pasukannya sendiri, menyebabkan tiga tentara Israel tewas dan 24 tentara lainnya luka-luka.
Juru bicara militer Israel mengakui insiden yang terjadi pada Senin malam di utara Gaza itu. Tentara Israel yang menjadi korban tembakan tank Israel berasal dari kesatuan pasukan elit Israel, Brigade Golani.
"Tiga tentara dari angkatan bersenjata Israel tewas dan satu orang dalam kondisi kritis dan tiga tentara luka berat akibat tembakan dari tank pasukan Israel lainnya dalam operasi di utara Gaza," kata jubir militer Israel.
"Tank itu menembak sebuah tempat dimana tentara-tentara Israel mengambil posisi. 22 tentara Israel lainnya mengalami luka ringan akibat insiden tersebut," sambungnya. (ln/prtv

Selasa, 6 Januari 2009

PENAMAAN CALON PRK K.TERENGGANU 6.1.2009



Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.
Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.
Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.
Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

RENUNGAN ; 75 PERKARA WASIAT RASULULLAH S.A.W

Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131) Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda: “Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.” Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.Wa ba’du: Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.
1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan
2.Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.
3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.
5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.
6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.
7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’ at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.
8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.
9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.
10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.
11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).
12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.
13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.
14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.
16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.
17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.
18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.
19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.
20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.
21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.
22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.
23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/ keangkuhan.
25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.
26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.
27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)
28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.
29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.
30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.
31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.
32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).
33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.
34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.
36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian. “Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17) Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.
38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.
39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)
40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.
41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.
42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.
43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.
44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.
45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.
46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.
47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.
48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.
49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.
50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.
51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.
52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.
53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.
54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.
55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.
56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.
57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.
58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.
59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.
60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.
61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.
62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.
63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.
64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.
65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.
66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"
67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.
68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.
69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .
70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.
71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.
72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.
73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.
74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah. Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya. (Diterjemahkan dari buletin berjudul
75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

KONSPIRASI PENGIKUT DAJJAL



Satu usaha untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah berjaya dipatahkan.Mereka merangka mahu menjadikan isu kanak-kanak Tadika Kemas di negeri Perak kononnya dihalang daripada belajar. Rancangan jahat mereka mahu memerangkap MB Nizar bahawa beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua dewan orang ramai yang selama ini digunakan oleh Kemas supaya di kunci dan ditutup ; tidak dibenar gunakan oleh Kemas.Mereka mengatur rancangan tersebut hingga sanggup menjemput Menteri yang pernah ditangkap kerana memikul berkilo-kilo wang di Australia dan yang pernah mengusung lari seorang Puteri Raja ke Thailand dengan tujuan mahu mensensasikan isu kanak-kanak Tadika Kemas tidak dapat masuk ke kelas ( Dewan Orang Ramai) di Taman Seri Ampang, Ipoh Perak.Bayangkan, jam 8.00 pagi, telah tercegat dihadapan dewan orang ramai tersebut seorang jurukamera TV3 sedang mengambil gambar! Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an mundar mandir , ke hulu hilior yang kemudian saya ketahui dia adalah guru tadika Kemas di situ.Saya juga turut merakamkan suasana disitu ketika itu dan sempat menemuramah guru tadika tadi. Pada mulanya dia kata dia tak boleh beri komen apa-apa "Tunggu sehingga boss saya, Pengerusi Kemas Perak datang bila-bila masa nanti," katanyaTapi saya terus bertanyakan sesuatu kepadanya dan dia pula memberikan respon yang baik.Saya gembira berbual dengannya.He! he! Jangan ada sesiapa yang jealous.Guru tersebut memberitahu saya bahawa pagar dewan tersebut berkunci dan mereka tidak dapat masuk kedalam dewan.Dia juga turut memberitahu saya bahawa Dato Seri Muhamad Mohd Taib akan datang kesitu sebentar lagi. Dia nampak gah dan teruja apabila memberitahu saya tentang kehadiran Menteri Kaki Pikul dan Usung itu kesitu....."Eleh!" bisik hati saya yang meluat melihatkan gelagat Cikgu Tadika tadi yang berasakan dirinya begitu glamor pagi itu kerana tadikanya yang cuma 6 orang murid itu akan dikunjungi oleh seorang Pak Menteri Kaki Pikul dan Usung itu!Saya hampiri jurukamera TV3 tersebut dan memberitahunya bahwa pintu pagar tersebut sebenarnya tidak berkunci sebagaimana yang didakwa.Apabila guru tersebut mula mengatur murid-murid dihadapan pagar dewan untuk diambil gambar yang kononnya mereka tidak dapat masuk kedalam dewan kerana berkunci, saya kedepan lalu menarik rantai pagar yang tidak berkunci itu.“Tengok ni, mana berkunci!” Saya memberitahu guru tersebut yang kelihatan tergamam kerana tidak menjangkakan pintu itu sebenarnya tidaklah berkunci sebagaimana dakwaannya sebentar tadi.Jelas terbukti bahawa dia tidak meneliti atau mencuba untuk membuka pintu pagar tersebut. Tetapi agak pelik apabila dia meminta saya supaya meletakkan semula rantai tersebut seperti sediakala.“Nak buat apa?” saya bertanya. Lalu saya membuka pintu pagar dan menyuruh kanak-kanak tadika di situ supaya masuk.Saya membuka pula pintu dewan sambil berkata, “Tengok , pintu ini pun tidak berkunci!” dan meminta kanak-kanak tadika supaya masuk ke dalam ruang dewan itu.“Tentu pagi-pagi tadi lagi pintu dewan ni dah dibuka,” rungut guru tersebut.“Memanglah!” Jawab saya , “Takkanlah semalaman dewan ini mahu dibiarkan tidak berkunci!?” Tanya saya semula kepadanya.Dia tidak berkata apa-apa. Dia gugup dengan keadaan yang diluar jangkaannya itu.
Mungkin dia sedang berfikir : Macammana ni? Menteri dah di panggil, TV3, RTM semua dah dipanggil untuk buat liputan tentang pintu pagar dewan berkunci dan budak-budak Tadika Kemas tidak dapat masuk kedalam dewan untuk belajar.....Rosak! rosak! rosak! Rancangan nak mensensasikan isu ini dah tak menjadi! Hancus!
Jam 9.00 pagi, maka tibalah Menteri Tukang Pikul dan Usung itu. Puak-puak Umno ketika ini pun dah ramai yang tiba.Saya bertanya kepada salah seorang yang saya kenali , “Hang jauh-jauh datang ke sini pasai apa?”“Aku terima SMS tadi….” Jawabnya. Kawan ni datang dari tempat yang agak jauh. Anak dia pun bukan ngaji kat tadika Kemas sini.Yang lain-lain pun bukan dari taman tersebut; tapi buat apa datang? Nampak sangat telah dirancang. Puak-puak ni tak ubah macam langau jumpa bangkai; bisik hati saya.Saya turuti langau-langau itu masuk ke dalam dewan. Saya hanya memerhatikan Menteri tersebut berlakon sebagai seorang yang baik dengan meriba kanak-kanak di situ.datang berkereta pagi-pagi buta dari Kuala Lumpur semata-mata mahu melawat Tadika Kemas di Seri Ampang , Ipoh ini yang hanya mempunyai 6 orang murid. Apa istimewanya tadika tersebut?Walau apa pun, yang jelasnya bahawa Menteri tersebut berasa kempunan kerana tidak dapat melihat pintu dewan tersebut berkunci .Beliau berasa hampa dan keciwa bila melihat kanak-kanak tadika Kemas disitu dapat menggunakan dewan orang ramai tanpa halangan untuk belajar.Bukan Mat Taib sahaja yang hampa dan kecewa, Tokoh Maal Fitnah lagilah berasa hampa, keciwa dan merana kerana perangkap dan ramalannya tidak mengena kali ini.Kita bersyukur kerana Allah terus membantu kami dalam menghadapi tipu helah musuh durjana seperti mereka itu.Kita akan terus berwaspada dan berdoa agar Allah terus melindungi kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.(Maaf, tidak dapat nak upload gambar video yang saya rakam - Streamyx dan Broadband ni sangat menghampakan.Saya turut memahami bagaimana kehampaan yang dirasai oleh mereka yang hampa hari ini....)

ASAS BLOG, BLOGGER

1. Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?
Pada halaman utama Blogger, klik butang "Buat Blog Anda Sekarang". Pada halaman berikut, anda akan digesa untuk membuat Akaun Google. Anda boleh menggunakan Akaun Google anda pada perkhidmatan Google yang lain. Jika anda telah mempunyai Akaun Google mungkin dari Gmail, Kumpulan Google, atau Orkut, sila rakam masuk terlebih dahulu. Setelah anda merakam masuk, anda perlu memasukkan nama paparan dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Sebaik sahaja anda selesai dengannya, anda akan digesa untuk membuat blog dan memulakannya!
2. Bagaimana hendak membuat blog Blogger?
Sebelum anda boleh membuat blog percuma pada Blog*Spot, khidmat hos Blogger, anda perlu telah membuat akaun di blogger.com. Sebaik sahaja anda telah melog masuk ke blogger.com, klik pautan "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL). Anda juga perlu menaip kata pengesahan yang dipaparkan pada halaman ini. Apabila anda telah selesai, klik "teruskan." Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; inilah rupanya apabila anda menerbitkannya. Kemudian, Blogger akan membuat blog baru anda dan menguntukkan spot anda pada BlogSpot. Sebaik sahaja anda telah membuat catatan pertama anda, halaman anda akan muncul di alamat yang anda pilih.
3. Bagaimana hendak menyiarkan di blog saya?
Pada Papan Pemuka anda, klik pautan "Catatan Baru" di sebelah blog yang anda ingin catatkan. Seterusnya, anda akan lihat halaman Buat Catatan Baru. Mulakan dengan memberikan catatan anda tajuk (pilihan), dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda telah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk memastikan ia bersedia untuk dilancarkan. Sebaik sahaja anda telah berpuas hati dengan catatan anda, klik butang "Terbitkan". Ini akan menerbitkan catatan baru anda.
4. Bagaimana hendak menyiarkan gambar?
Anda boleh memuat naik gambar menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan mendapat tetingkap yang membolehkan anda memilih satu imej atau berbilang imej dari komputer anda. Hanya klik butang "Semak Seimbas" untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Sebagai pilihan lain, anda boleh masukkan URL imej yang telah sedia ada dalam talian untuk memasukkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pautan untuk memilih susun atur, anda boleh memperibadikan cara imej anda akan muncul dalam catatan anda. Opsyen kiri, tengah dan kanan akan menentukan bagaimana teks catatan anda mengelilingi gambar tersebut. Opsyen saiz ini membolehkan anda mengubah gambar kepada saiz berlainan dalam bahagian catatan ini.
5. Saya tidak boleh log masuk. Apakah yang saya harus lakukan?
Jika anda terlupa maklumat Akaun Google anda, anda boleh dapatkan semula maklumat log masuk Akaun Google anda dengan mengklik "?" di sebelah "Kata Laluan" pada halaman log masuk Blogger atau anda boleh gunakan halaman Bantuan Kata Laluan Akaun Google.
Ingat bahawa nama pengguna akaun Google anda adalah alamat e-mel lengkap yang anda gunakan untuk membuat akuan anda (contohnya, yourname@example.com).
Jika anda boleh log masuk ke akaun anda tetapi tidak melihat blog yang sepatutnya pada Papan Pemuka anda, kemungkinan anda telah log masuk ke akaun yang salah. Dalam hal ini, cuba log masuk dengan semua alamat e-mel anda, menggunakan borang Bantuan Kata Laluan jika perlu. Sila cuba ini walaupun anda fikir anda hanya mempunyai satu akaun. Kami telah lihat banyak kejadian apabila orang membuat akaun tambahan secara tidak sengaja tanpa menyedarinya, oleh itu memeriksanya sendiri biasanya adalah cara paling cepat untuk mendapatkan blog anda kembali.
6. Bagaimana hendak memadam blog?
Untuk memadam keseluruhan blog, hanya pergi ke tab Tetapan Asas. Pada tahap ini, pastikan betul-betul yang anda berada pada blog yang betul dan anda ingin membuangnya selama-lamanya dari akaun anda. Kemudian klik "Padam Blog Ini." Jika blog anda adalah pada pelayan anda sendiri, failnya tidak akan dipadam. Anda boleh memadamnya secara manual dengan menyambungkan ke pelayan anda melalui klien FTP.
7. Bagaimana hendak membatalkan akaun saya?
Untuk memadam Akaun Google anda, termasuk catatan anda, sila log masuk pada halaman utama Akaun Google. Sebaik sahaja anda log masuk, klik pautan "Edit" di sebelah senarai "Perkhidmatan Saya", dan anda akan mendapat halaman yang membolehkan anda memadam akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa memadam sesuatu akaun akan memadam kesemua perkhidmatan Google yang berkaitan dengan akaun tersebut, seperti profil orkut anda, halaman iGoogle anda, dan blog Blogger anda.
8. Bolehkah saya mempunyai blog yang lebih daripada seorang boleh mencatat?
Ya, ini dipanggil "blog pasukan." Pada dasarnya, seseorang pada mulanya membuat blog, kemudian menjemput orang lain menyertainya. Ahli pasukan boleh sama ada menjadi pentadbir atau pencatat biasa. Pentadbir boleh mengedit semua catatan (bukan hanya catatan sendiri), menambah dan membuang ahli pasukan (dan memberi akses tadbir), dan mengubah suai tetapan blog. Bukan pentadbir hanya boleh mencatat pada blog.
Untuk menjemput orang lain menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang." Kemudian, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput ke blog; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama kemudian. Sila ambil perhatian yang mereka perlu ada Akaun Google, dan jika mereka belum ada, mereka akan digesa untuk membuatnya. Apabila anda telah sedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput." Anda akan menerima satu e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog.
9. Bagaimana hendak menambah gambar saya ke profil saya?
Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Dari situ, masukkan URL imej profil dalam borang, dan klik "Simpan" di bahagian bawah halaman. Jika anda belum mempunyai gambar yang dihos di mana-mana, anda boleh menyiarkan gambar ke blog anda terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda telah menyelesaikannya, beralih dari editor catatan ke mod Edit HTML jika belum melakukannya. Sekaran, salin URL gambar dan tampal URL ini ke dalam medan "URL Gambar" dalam Profil anda. Kemudian, klik "Simpan" di bahagian bawah halaman, dan anda telah selesai. Sila ambil perhatian bahawa imej tersebut harus bersaiz 50k atau lebih kecil.
10. Bagaimana hendak menetapkan sambungan FTP (atau SFTP) ke hos web luar saya?
Pergi ke Tetapan Penerbitan dan pilih kaedah sambungan. Kemudian, masukkan tetapan anda. Apabila anda telah selesai, simpan perincian pelayan anda melalui butang "Simpan Tetapan" di bahagian bawah, dan terbitkan semula blog anda. Sila ambil perhatian bahawa nombor port lalai akan digunakan (:21 untuk FTP dan :22 untuk SFTP); menetapkan port pilihan tidak akan berfungsi. Juga, jangan masukkan http:// atau ftp:// dalam alamat pelayan atau tetapan laluan.
11. Bagaimana hendak menggunakan domain peribadi pada blog saya?
Jika anda tidak mengingini blogspot.com dalam alamat blog anda, anda boleh dapatkan domain anda sendiri. Kami akan teruskan mengehos semua kandungan anda seperti sebelumnya, tetapi ia akan dipaparkan pada alamat baru anda. Terdapat tiga komponen untuk menetapkan ini:
Domain Anda
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah memilih nama domain, seperti mysite.com dan mendaftarkannya. Anda boleh mendaftarkan nama domain dari mana-mana daripada sebilangan pendaftar berlainan.
Tetapan DNS
Seterusnya, anda perlu membuat rekod CNAME untuk domain anda dengan DNS, mengaitkan domain anda dengan ghs.google.com. Prosedur yang tepat untuk melakukannya berbeza, bergantung pada pendaftar domain anda, oleh itu sila hubungi pendaftar anda secara langsung dan mereka boleh membantu anda. Ketahuilah yang rekod DNS baru mungkin tidak berkuat kuasa dengan segera.
Tetapan Blogger
Pada tahap ini, pelayan DNS tahu untuk menghalakan orang ke Google apabila mereka ingin melihat blog anda, oleh itu kami perlu memastikan Google mengaitkan blog yang betul dengan domain anda. Anda perlu lakukannya pada tab Tetapan Penerbitan untuk blog anda dalam Blogger. Jika anda menerbitkan Blog*Spot, anda akan lihat satu pautan berdekatan bahagian atas yang menawarkan untuk mengalih anda ke domain peribadi. Teruskan dan klik pautan itu. Tetapan Alamat Blog*Spot sekarang bertukar ke Domain Anda. Isi domain yang anda daftarkan pada permulaan proses ini, kemudian simpan tetapan anda.
Nota:
Jika domain baru anda tidak membawa anda ke blog anda, tunggu sehari atau dua hari lagi, untuk memastikan semua pelayan DNS telah dikemaskinikan. Jika ia masih tidak berfungsi, hubungi pendaftar anda untuk memastikan yang anda memasukkan tetapan DNS dengan betul.
Alamat Blog*Spot asal anda akan maju ke domain baru anda secara automatik. Dengan cara itu, sebarang pautan atau penanda buku sedia ada pada tapak anda akan tetap berfungsi.
Anda boleh menggunakan ciri ini dengan domain (cth. mysite.com) atau subdomain (cth. name.mysite.com). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menetapkan subdirektori (cth. mysite.com/blog/) atau kad bebas (cth. *.mysite.com).

12. Bagaimana Mudah Alih Blogger berfungsi?
Untuk memulakan blog mudah alih, cuma hantar mesej (yang boleh jadi gambar, beberapa teks, atau kedua-duanya) ke go@blogger.com dan kami akan memulakan blog untuk anda! Selepas menghantar mesej, anda akan menerima balasan dengan URL blog mudah alih anda dan satu tanda yang dengannya anda boleh menuntut blog baru anda. Untuk menuntut blog anda, cuma masukkan tanda ke http://go.blogger.com. Menuntut blog mudah alih anda akan memberi anda akses penuh ke tetapan dan ciri Blogger.com, membolehkan anda mengaitkan blog anda dengan Akaun Google, dan membenarkan anda menggabungkan blog mudah alih anda dengan blog sedia ada.
13. Bagaimana hendak melabel catatan saya?
Apabila anda menulis catatan, anda mempunyai satu ruang di bahagian bawah borang yang bertanda "Label untuk catatan ini." Masukkan apa sahaja label yang anda suka, memisahkannya dengan koma. Anda juga boleh klik pautan "tunjuk semua" untuk memaparkan satu senarai label yang anda telah gunakan sebelum ini. Kemudian hanya klik pada label tersebut untuk menambahnya. Apabila anda menerbitkan catatan anda, label tersebut akan tersenarai dengannya. Dengan mengklik mana-mana daripada label tersebut akan membawa anda ke halaman yang hanya mengandungi catatan dengan label itu. Anda juga boleh menambah senarai bagi semua label anda dalam bar sisi blog anda, diisih menurut abjad atau dengan kekerapan penggunaan.
14. Bagaimana hendak menempatkan AdSense dalam blog saya?
Untuk menempatkan AdSense pada blog anda, klik pada tab Templat atau Susun Atur bagi blog anda. Dalam blog dibolehkan Susun Atur, tambah elemen laman baru dan pilih opsyen AdSense. Jika anda menggunakan templat klasik, hanya pilih pautan "AdSense" pada tab Templat. Anda boleh memilih saiz bagi iklan anda dan kemudian memperibadikan bagaimana ia kelihatan pada blog anda.
15. Bagaimana hendak membolehkan suapan tapak ke blog saya?
Mula-mula, pergi ke tab Tetapan Suapan Tapak. Di sini, anda mempunyai satu opsyen ringkas, yang mana anda boleh memilih berapa banyak kandungan anda yang anda ingin sindiketkan. "Penuh" akan membubuh seluruh kandungan bagi setiap catatan dalam suapan tapak anda, manakala "Pendek" hanya memasukkan petikan dari permulaan setiap catatan. Opsyen "Tiada" menutup suapan tapak anda sepenuhnya.
16. Apakah itu butang "Bendera"?
Ciri ini dipanggil "Benderakan Sebagai Tidak Menyenangkan" dan ia boleh diakses melalui Navbar Blogger. Butang "Bendera?" membolehkan komuniti blog untuk memperhatikan kandungan boleh dipersoalkan, yang membantu kami mengambil tindakan pula apabila diperlukan. Apabila seseorang yang melawat blog mengklik butang "Flag?" dalam Navbar Blogger, ia bermaksud mereka percaya kandungan blog tersebut mungkin berpotensi kesat atau menyalahi undang-undang. Kami menjejak berapa kali sesuatu blog dibenderakan sebagai tidak menyenangkan dan mengguna maklumat ini untuk menentukan tindakan apa yang diperlukan. Ambil perhatian yang para pengguna boleh mengklik butang ini buat kali kedua untuk menarik balik bendera mereka.
17. Bagaimana hendak menyederhanakan ulasan pada blog saya?
Anda boleh dapati tetapan penyederhanaan ulasan pada tab Tetapan Ulasan. Ia cuma opsyen ya/tidak yang ringkas. Memilih "ya" untuk opsyen ini memberikan anda ruang untuk memasukkan alamat e-mel anda. Ini membolehkan anda menyederhanakan ulasan melalui e-mel tanpa menjejaskan tetapan pemberitahuan ulasan yang biasa. Ia adalah pilihan, memandangkan anda boleh menyederhanakan ulasan pada bila-bila masa melalui antara muka Blogger. Oleh itu, tetapkan opsyen kepada "ya," masukkan alamat pemberitahuan jika diingini, simpan tetapan tersebut, dan tunggu ulasan anda yang berikutnya.
Semua ulasan yang masuk akan pergi ke halaman "Ulasan Sederhana" khusus sekarang, yang anda boleh dapati di bawah tab Pencatatan. Pada halaman ini, anda akan lihat satu senarai bagi semua ulasan yang telah dibuat tetapi belum diluluskan atau ditolak. (Senarai ini tidak memasukkan sebarang ulasan yang dibuat oleh ahli pentadbiran bagi blog tersebut.) Setiap baris dalam senarai memaparkan permulaan ulasan, nama pengarang dan waktu ia dibuat. Mengklik segi tiga di sebelah kiri akan memanjangkan baris untuk menunjukkan teks penuh bagi ulasan tersebut, berserta pautan "Terbitkan" dan "Tolak", yang anda boleh gunakan untuk meluluskan atau tidak meluluskan ulasan itu.
Keseluruhan proses boleh juga dilakukan melalui e-mel. Jika anda memasukkan alamat e-mel untuk penyederhanaan, anda akan mendapat mesej bagi setiap ulasan yang mengandungi pautan "Terbitkan" dan "Tolak", serta satu pautan ke halaman penyederhanaan utama bagi blog tersebut.
18. Bagaimana hendak menggunakan ciri Susun Atur Blogger?
Mula-mula, dapatkan nama blog anda pada papan pemuka anda, dan klik pautan "Templat" di sebelahnya. Jika pautan ini adalah sebaliknya menunjukkan "Susun Atur", dengan itu anda telah menggunakan ciri Susun Atur dan anda boleh langkau langkah pertama ini. Pada halaman Templat, lihat dalam pautan navigasi bagi tab tersebut yang menunjukkan "Peribadikan Reka Bentuk Anda" dan klik padanya. Anda akan mendapat mesej yang menerangkan bahawa Blogger akan membuat sandaran bagi templat semasa anda. (Sandaran ini akan tersedia bagi tempoh masa yang tidak terbatas jika anda ingin berbalik semula kepadanya kemudian nanti.) Klik butang "Tingkatkan Templat Anda" untuk meneruskan. Kemudian, pilih satu daripada reka bentuk templat lalai, klik "Simpan Templat," dan anda telah bersedia untuk meneruskan.
Sebaik sahaja templat anda telah ditingkatkan, anda boleh susun elemen dalam templat anda secara yang anda mahu ia dipaparkan. Hanya klik pada elemen yang anda ingin alihkan dan seret dan turunkan unsur ke tempat yang anda ingini. (Nota: dalam kebanyakan templat, anda boleh alihkan semua elemen kecuali Navbar, catatan dan pengatas blog anda.) Anda boleh menambah beberapa elemen laman ke halaman atau bar sisi blog anda dengan mengklik "Tambah Elemen Laman". Ini akan membuka tetingkap pop-naik yang akan membolehkan anda menambah elemen ke blog anda dengan mengklik "Tambah ke Blog" dalam bahagian elemen yang diingini.
19. Mengapa terdapat pengesahan kata pada borang catatan saya?
Pengesahan kata pada borang pencatatan adalah untuk mekanisme pengurangan spam untuk BlogSpot secara umumnya. Terdapat dua punca yang berpotensi:
Potensi Spam
Dalam hal ini, pengesahan kata digunakan pada blog tertentu yang berpotensi spam oleh sistem automatik. Oleh sebab ini adalah automatik, semestinya terdapat beberapa positif palsu, walaupun kami terus berusaha meningkatkan algoritma kami untuk mengelakkan perkara ini. Dengan adanya pengesahan kata pada borang pencatatan anda tidak menghalang anda dari menerbitkan dan tidak bermakna yang blog anda akan dipadamkan atau didenda sebaliknya jika sebenarnya ia tidak melanggar dasar-dasar kami. Untuk mengelakkan kesulitan lebih lanjut semasa menerbitkan, klik "?" ikon (tanda soal) di sebelah pengesahan kata pada borang pencatatan anda. Ini akan membawa anda ke halaman yang mana anda boleh meminta kajian semula bagi blog anda. Kami ada orang yang boleh melihatnya, mengesahkan bahawa ia bukanlah spam, dan kemudian menyenaraiputihkan blog anda agar ia tidak lagi mempunyai keperluan pengesahan kata.
Kadar Pencatatan Tinggi
Jika anda membuat sebilangan besar catatan dalam sehari, anda akan diminta melengkapkan pengesahan kata bagi setiap satu, tidak bergantung pada sama ada blog anda telah bersih dari spam yang berpotensi atau pun tidak. Jika ini berlaku kepada anda, cuma lengkapkan pengesahan kata bagi setiap catatan, atau tunggu 24 jam, yang pada suatu ketika akan dibuang secara automatik. Sekatan ini diadakan agar dapat mengawal beban pada pelayan kami sama juga seperti mencegah spam tak tersirat. Oleh itu, tidak terdapat proses mengkaji semula penyenaraian putih untuk mengecualikan blog individu.
20. Mengapa blog saya dilumpuhkan?
Melumpuhkan adalah hasil dari sistem pengelasan automatik kami yang menandakan blog sebagai spam. Jika blog anda bukan blog spam, bermakna ia telah dikelaskan secara salah oleh sistem automatik kami dan kami meminta maaf. Jika blog anda telah dilumpuhkan, ia akan disenaraikan pada Papan Pemuka anda, tetapi anda tidak boleh mengkliknya untuk mengakses. Jika berlaku begini, terdapat tempoh tangguh yang mana anda boleh memintanya untuk dikaji semula dan dipulihkan.
21. Bolehkah saya menggunakan pintasan papan kekunci semasa mencatat?
Blogger mempunyai beberapa pintasan papan kekunci untuk digunakan semasa mengedit catatan. Ia pasti berfungsi dalam Internet Explorer 5.5+/Windows dan kumpulan Mozilla (1.6+ dan Firefox 0.9+), dan mungkin berfunsi dalam penyemak imbas lain. Inilah pintasan tersebut:
control + b = Huruf Tebal
control + i = Huruf Condong
control + l = Buka Kata Besar (semasa dalam mod HTML sahaja)
control + z = Buat Asal
control + y = Buat Semula
control + shift + a = Pautan
control + shift + p = Pratonton
control + d = Simpan sebagai Draf
control + s = Terbitkan Catatan
control + g = Transliterasi Hindi
22. Bagaimana hendak menggunakan ciri transliterasi?
Blogger menawarkan opsyen transliterasi automatik untuk menukarkan huruf Rumi kepada huruf Devanāgarī yang digunakan dalam Hindi. Ini membolehkan anda menaip perkataan Hindi secara fonetik dalam tulisan Inggeris dan tetap menghasilkannya dalam abjadnya yang betul. Untuk membolehkan ciri ini, pergi ke halaman Tetapan Asas dan pilih "Ya" untuk opsyen transliterasi. Tetapan ini akan melibatkan semua blog pada akaun anda, serupa dengan tetapan Mod Karang.
23. Bagaimana hendak menggunakan editor catatan Blogger?
Editor catatan Blogger mempunyai tiga mod:
Karang: mod WYSIWYG di mana anda memanipulasi teks dengan butang pemformatan.
Edit HTML: mod mentah yang mana anda mengedit html secara manual.
Pratonton: memberikan pratonton isi penuh catatan, termasuk Tajuk, pautan dan imejnya.
Untuk beralih antara mod-mod ini, cuma klik pautan yang sesuai. Butang pemformatan hanya terdapat dalam penyemak imbas tertentu.
Ciri-ciri, dari kiri ke kanan:
Fon
Saiz fon
Huruf Tebal
Huruf Condong
Warna fon
Pautan
Padat ke kiri
Tengah
Padat ke kanan
Imbang penuh
Senarai (bernombor) bertertib
Senarai (titik tumpu khas) tak tertib
Buka kata besar
Semak ejaan
Muat naik imej
Buang pemformatan dari pilihan
24. Di manakah boleh saya beli nama domain peribadi untuk blog saya?
Terdapat banyak syarikat yang anda boleh beli nama domain, biasanya pada harga tahunan yang amat berpatutan. Carian Google untuk pendaftar domain menghasilkan banyak sekali opsyen. Anda juga boleh menengok-nengok harga melalui senarai ini:
GoDaddy.com
ix web hosting
1and1
EveryDNS.net
Yahoo! Small Business
No-IP
DNS Park

25. Bagaimana hendak menukar format tarikh yang dipaparkan dalam blog saya?
Anda boleh menukar format tarikh baik bagi catatan mahu pun pautan arkib dengan mengedit tetapan blog anda. Pada halaman Tetapan Pemformatan, terdapat medan untuk "Format Pengatas Tarikh" dan "Format Tarikh Indeks Arkib." Kedua-dua medan menyertakan menu jatuh turun yang menyenaraikan opsyen format untuk memaparkan tarikh. (Pengepala Tarikh biasanya berada di atas catatan anda dan Indeks Arkib biasanya adalah senarai pautan arkib dalam bar sisi anda.) Klik "Simpan Tetapan" di bahagian bawah halaman apabila anda telah selesai.
26. Apakah itu templat catatan?
Templat cacatan membantu pengguna menjimatkan masa dengan mempra-format editor cacatan. Sesetengah pengguna mahu catatan mereka diformatkan dalam cara tertentu. Sebagai contoh, seseorang mungkin ingin memaut kepada artikel di baris pertama, kemudian memetiknya di bawah. Dalam hal ini, pautan dan tag buka kata besar semuanya boleh dimasukkan dalam templat catatan dan ia akan muncul, sedia untuk diisi, pada setiap catatan baru.
27. Apakah itu pautan balik dan bagaimana hendak menggunakannya?
Pautan balik membolehkan anda menjejak halaman lain pada web yang berpaut pada catatan anda. Jika kawan anda berpaut pada satu daripada catatan, contohnya, secara automatik catatan tersebut akan menunjukkan bahawa orang lain telah berpaut padanya, dan ia akan memberi coretan pendek teks kawan anda dan satu pautan ke catatan rakan anda. Tetapan pautan balik boleh didapati di bawah tab Tetapan Ulasan, dan terdiri daripada opsyen tunggal yang ringkas untuk menghidupkan dan mematikannya. Jika ia dibolehkan, anda akan lihat satu pautan bertanda "Pautan ke catatan ini" bersebelahan pautan ulasan bagi setiap catatan.
28. Apakah opsyen pengesahan kata?
Opsyen "pengesahan kata" boleh didapati pada tab Tetapan Ulasan bagi blog anda. Jika anda memilih "ya" untuk tetapan ini, orang yang meninggalkan ulasan pada blog anda akan diminta melengkapkan langkah pengesahan kata, serupa dengan yang diberikan semasa anda membuat blog. Tujuannya adalah untuk mencegah sistem automatik daripada menambah ulasan pada blog anda, oleh sebab ia memerlukan manusia untuk membaca perkataan tersebut dan melepasi langkah ini. Jika anda pernah menerima ulasan yang kelihatan seperti iklan atau pautan rawak ke tapak yang tidak berkaitan, anda telah terjumpa spam ulasan. Banyak yang dilakukan secara automatik oleh perisian yang tidak dapat melepasi pengesahan kata, oleh itu, membolehkan opsyen ini adalah cara bagus untuk mencegah banyak ulasan yang tidak dikehendaki itu.
29. Bolehkah saya mengedit HTML susun atur blog saya?
Tentu sekali, hanya pergi ke tab Templat Edit HTML. Perkara pertama pada halaman ini adalah satu opsyen untuk memuat turun satu salinan templat anda ke fail teks pada pemacu keras anda. Kami amat mengesyorkan anda berbuat demikian agar anda boleh berbalik dengan mudah dengan cara memuat naik semula fail yang sama. Seterusnya adalah kod sebenar untuk templat anda. Tentu anda perasan yang ia kelihatan seperti HTML dan CSS biasa, tetapi juga termasuk banyak tag peribadi yang membuatnya serasi dengan editor susun atur seret dan turun kami, dan dengan fon dan pemilih warna.
30. Di manakah tajuk blog saya muncul?
Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan Asas dalam Blogger, boleh muncul dalam berbagai-bagai tempat: blog diterbitkan anda, pada papan pemuka anda, dalam profil anda dan pada senarai "Kemas Kini Terbaru" pada Papan Pemuka (jika blog anda tersenarai). Oleh itu, pastikan ia kreatif!
31. Apakah itu URL?
URL adalah lokasi sesebuah fail pada web. Beberapa contoh URL termasuk http://www.blogger.com/, atau http://myblog.blogspot.com/. URL yang anda pilih akan digunakan oleh anda dan pelawat anda untuk mengakses blog anda.
Semasa proses pembuatan blog, anda akan diminta memilih URL untuk blog anda jika anda inginkan ia dihoskan pada Blog*Spot. Memandangkan sudah terdapat sebilangan besar blog Blog*Spot, anda perlu mendapatkan satu yang kreatif dan mungkin cuba beberapa yang berlainan sebelum anda menjumpai satu yang telah tersedia. Satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa memilih URL blog anda ialah tanda sempang (juga diketahui sebagai sengkang, - ) adalah satu-satunya aksara bukan abjad angka yang dibenarkan. Jarak tidak dibenarkan, begitu juga garis bawah (_) atau mana-mana aksara khas lain.
32. Apakah yang tetapan "penyenaraian" lakukan?
Tetapan "Tambah blog anda ke penyenaraian kami?" menentukan sama ada blog anda akan muncul pada blogger.com atau tidak — lebih khusus lagi, bagi senarai blog pada halaman profil anda dan blog kemas kini terbaru yang ditunjukkan pada halaman utama Blogger. Anda boleh dapati tetapan in pada halaman Tetapan Asas. Nota: Jika templat blog anda menggunakan tag BlogMetaData, mematikannya juga bermakna blog anda tidak akan dirangkak oleh enjin carian.
33. Apakah yang tetapan pengekodan lakukan?
Tetapan pengekodan memberitahu penyemak imbas web bagaimana hendak memaparkan blog anda. Ini tidak begitu penting untuk blog berbahasa Inggeris, tetapi adalah penting bagi blog bukan Inggeris untuk dipaparkan dengan betul. UTF-8 dipilih secara lalai, memandangkan ia menyokong semua bahasa. Tetapi dalam beberapa hal, anda perlu mencuba pengekodan lain. Dan jika sesuatu pengekodan yang anda perlukan tidak tersenarai, beritahu kami dan kami akan menambahnya secepat mungkin.
34. Apakah itu Pelayan FTP?
Pelayan FTP adalah sebuah komputer yang menggunakan FTP untuk menerima fail yang dimuat naik daripada para pengguna. Alamat pelayan FTP anda biasanya kelihatan lebih kurang seperti ini: ftp.example.com
Apabila anda membeli khidmat hos, anda seharusnya diberikan alamat pelayan FTP untuk digunakan. Jika anda tidak mendapat maklumat ini atau anda tidak pasti mengenainya, sila hubungi penyedia hos anda.
Nota:
Nombor port lalai yang akan digunakan (:21 untuk FTP dan :22 untuk SFTP). Menetapkan port alternatif tidak akan berfungsi.
Jangan masukkan http:// atau ftp:// dalam alamat pelayan.

35. Apakah itu laluan FTP?
Laluan FTP memberitahu Blogger di mana hendak menempatkan fail blog anda pada pelayan anda. Ia harus dalam format ini:
directory/directory/ (pastikan untuk menyertakan garis condong mengekor)
Jika anda biasa dengan FTP, laluan anda adalah direktori yang boleh diakses web anda. Contohnya, ia mungkin 'htdocs' atau 'www' atau 'public_html,' atau, jika anda ingin meletakkan blog anda dalam subdirektori, 'htdocs/blog/' dsb.
Jika semua ini nampaknya agak rumit, cuba hubungi penyedia hos anda untuk bantuan. Mereka boleh memberitahu anda bagaimana ia harus ditetapkan untuk pelayan khusus anda.
Nota:
JANGAN gunakan http://, ftp:// atau alamat pelayan anda dalam laluan tersebut.
Direktori yang anda tetapkan harus sedia ada pada Pelayan FTP anda.
Ini tidak harus menjadi laluan mutlak - ia harus berkaitan dengan lokasi punca ftp anda pada pelayan.

36. Apakah perbezaan antara menerbitkan semula indeks lwn. keseluruhan blog?
Jika anda mempunyai blog FTP, anda masih perlu menerbitkan semula blog anda agar dapat menggambarkan kemas kini. Terbitkan Semula Indeks Sahaja bermaksud hanya halaman indeks (dan suapan tapak, jika dibolehkan) akan diterbitkan semula.
Terbitkan Semula Seluruh Blog akan menerbitkan semula seluruh blog - halaman indeks, suapan, arkib & halaman catatan. Ini akan menggunakan perubahan templat terbaru anda kepada semua halaman blog anda. Ini akan mengambil sedikit masa jika anda mempunyai banyak catatan.

Isnin, 5 Januari 2009

BAHAYA KRISTIANISASI (DURJANANYA UMNO)

assalamualaikum....Saudaraku Umat Islam Yang di Rahmati ALLAH,Dunia hampir kepenghujung hayatnya, semakin hampir, kita sentiasa diuji dengan berbagai ujian oleh Allah SWT. Musuh-musuh Islam terutamanya kaum-kaum Yahudi dan Nasrani serta mereka yang bersekongkol, berterusan mencari jalan memporak-perandakan perpaduan umat Islam di mana jua didunia ini dan tidak terkecuali juga di Malaysia. Berbagai cara digunakan, penggunaan kuasa ekonomi, kuasa politik dan ilmu pengetahuan keduniaan serta memperalatkan orang Islam itu sendiri untuk mencapai cita-cita dan matlamat mereka.Hari ini umat Islam di Malaysia dicabar lagi. Pembinaan Gereja/Cathederal terbesar di Asia akan diteruskan pembinaannya ditempat asalnya di Seksyen 24, Shah Alam. Setelah umat Islam di Shah Alam sedar dari mimpi indah kerana janji-janji Pilihanraya Umum yang lepas, dan mandat telah diberi tiada halangan lagi bagi KERAJAAN melaksanakan kehendak 50,000 ahli UMNO beragama Kristian mencapai cita-cita mereka. Jumlah ahli yang minoriti ini berjaya mengusai Parti UMNO di mana majoriti keahliannya adalah orang Melayu.Dengan tersergam Gereja/Cathedral ini di bandar yang diwartakan sebagai PusatPembangunan/Perkembangan Islam oleh DYMM Sultan Selangor bertentangan dengan kehendak Baginda dan seluruh rakyat yang beragama Islam di negara ini. Begitu juga dengan terbinanya Catredral dan Kompleks Gereja ini dilengkapi dengan Pusat Rawatan Kesihatan, Nursery, Pusat Kaunseling dan Pusat Melatih Pendakwah (Missionery) di Shah Alam ini sebagai pusat pengembangan ajaran Kristian diseluruh Malaysia dan juga Asia.Pemilihan Shah Alam sebagai pusat pengembangan ajaran Kristian ini sesuai dengan kehendak pemimpin Kristian kerana lokasi yang strategik, sosio-ekonomi dan masysrakatnya yang menjadikan hiburan sebagai agenda utama. Program-program yang diatur oleh pihak pentadbir Stadium Shah Alam, Litar Lumba Kereta Batu Tiga dan lain-lain adalah daya penarik terutamanya para belia setempat dan dari luar.Pakar-pakar pengkaji Yahudi dan Kristian tidak berjaya memisahkan orang Melayu dengan Islam, tetapi mereka berjaya memisahkan orang Melayu dengan ajaran Al-Quran dengan memperalatkan orang Islam melaksanakan program-program mereka untuk menghancurkan umat Islam seluruh dunia. Begitu juga dengan apa yang berlaku di negara kita.Pembinaan Catedral dan kemudahan asas, adalah satu dari agenda mereka dan golongan belia adalah sasaran utama mereka. Berleluasanya program mungkar, dan diperkuatkan dengan kenyataan akhbar bahawa 58% pekerja kilang terdiri dari golongan belia yang terlibat dengan perbuatan maksiat, kemungkaran dikalangan pemimpin dan berita pegawai tinggi kerajaan ditangkap khalwat, kurang minat belia kepada program bercorak Islam menyumbang kepada berleluasanya pengaruh Kristian meresapi jiwa orang Melayu hari ini.Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada orang Melayu singapura. mereka bukan sahaja berjaya mencabut hak ketuanan, bahkan akhidah Islam mereka dan hampir 200,000 orang Melayu menjadi ahli Persatuan Melayu Kristian di Singapura. Begitu juga dinegara tetangga kita Indonesia. Sebagaimana amaran Allah SWT "Tidak redha kaum Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut telunjuk mereka".TIDAK TERLINTASKAH DIFIKIRAN KITA BAHAWA SATU HARI NANTI PERKARA INI AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA. TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.Khabarnya di Taiping, Perak, sudah ada peranan dimainkan oleh seorang guru sekolah di mana murid-murid telah dipujuk untuk menukar akhidah mereka untukmenerima ajaran Kristian. Begitu juga ramai orang Melayu sudah menukar agama mereka dengan agama Kristian. Di Petaling Jaya sudah ada Gereja khas untuk orang Melayu.Apakah ini bermulanya kehancuran akhidah Islam dikalangan orang Melayu. Dengan berleluasanya kegiatan anti islam seperti Kumpulan Anti Hadis, Anti Al- Quran, menghina hukum Islam, kata-kata Al-Quran ditafsir semula, Hukum Islam layak di simpan di muzium dan lain-lain penghinaan yang dilemparkan terhadap Islam yang dihamburkan oleh umat Islam sendiri, bukankah ini memungkinkan umat Islam yang Iman mereka tipis senipis kulit bawang akan mencari Agama pilihan(alternative). Dan kesempatan ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh musuh-musuh Islam.Apabila ditanya oleh sahabat, bagaimana keadaan umat Islam di akhir zaman, Rasullullah SAW menjawab, "Umat Islam pada masa itu sungguh ramai tetapi mereka umpama buih-buih dilautan. Umat Islam semakin dihanyut oleh arus kebendaan yang melalaikan. Semangat Jihad mereka semakin pupus. Cinta kepada dunia semakin hari semakin bercambah". Lupa kepada pesanan Rasullullah, " Barangsiapa yang tidak memperjuangkan Islam mereka bukanlah dari kalangan umat ku". Mereka ini tidak akan mendapat Shafaat Nabi diakhirat nanti. Mereka lupa amaran Allah SWT, apabila kemungkaran sudah mengatasi kema'rufan maka akan ditimpa malapetaka dan bala bencana yang dahsyat sebagaimana yang ditimpakan kepada Umat nabi noh, Nabi Hud, Firaun dan lain-lain.Bangunlah wahai umat Islam dan berjuanglah dengan apa yang termampu oleh kita. Jangan sampai anak-anak kita menghadiahkan salib dan kitab ajaran Kristian baru kita sedar. Jangan kita meritih apabila jenazah anak kita dikebumikan diperkuburan Kristian kerana pada masa itu nasi sudah menjadi bubur. Jangan slahkan sesiapa.Jangan kita kufur nikmat dengan kekayaan anugerah Allah, tetapi bersyukur atas rahmatnya dengan memperjuangkan Agama yang disempurnakannya iaitu Agama Islam. ALLAHU AKBAR.SELAMAT BERJUANG UNTUK MEMBELA MARTABAT ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.Bangun dan Berikanlah Peringatan"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me."(Al-Baqarah: 152)www.pmiutm-online.cjb.net

Antara web melayu kristian di malaysia

http://groups.msn.com/PersekutuanMudamudiKristian/http://www.answering-islam.org.uk/Bahasa/main.htmlhttp://www.murtadd.org/

BAHAYA KRISTIANISASI (pengajaran kepada kita semua)

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman websebuah gerakan Kristian di Australia menceritakanorang-orang Melayu yang murtad.Wanita Islam yang berkongsi rahsia cintaDisiarkan pada 28/06/2006 http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepadakebebasan seks, yang membentuk realiti harian satupertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yangmasuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRINARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kadpengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina,dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanitaberusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegidengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Diadatang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysiaiaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsaMelayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurutKamariah, seorang Melayu adalah Islam menurutdefinisi. Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengahmasyarakat jika mereka masuk Kristian.Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbukakeluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor,pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utamalayarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke KepulauanFaulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlakuantara tanjung dan kepulauan tersebut adalahspekulasi. Di internet ramai orang Islamtertanya-tanya samada Mansor yang tidak lagi menetapdi Malaysia benar-benar keluar dari Islam. Danbanyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian.Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas dilaut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudianmuncul Jesus. Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenalapabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islampada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dariAzlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi JabatanPendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataanIslam pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut,bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan,tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah mahkamah diMalaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaranIslam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialahapabila hakim berkata , Memandangkan plaintifseorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islamsehinggalah dia mati.Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, danrayuannya yang terkini akan didengari di MahkamahTinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akanditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasaperundangan terhadap mereka yang ingin keluar dariIslam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan PersekutuanMalaysia) menjanjikan kebebasan beragama. Benar untukagama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang inginkeluar dari Islam. Kata Kamariah lagi.Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahunadalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gerejaantarabangsa. Ramai orang Melayu Kristianmenyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia,menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkansebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariahakan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianyatermasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmatnasihat perkahwinan tersebut berlandaskanprinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakanperundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan danianya telah diluluskan.Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadimasalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menuruthukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orangIslam yang lain.Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitumengahwini seorang Melayu Kristian lain yang ataskertas masih lagi seorang Islam, menurut wanita mudatadi. Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orangIslam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dankitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kitaingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlakutanpa masalah. Mahkamah Syariah boleh membuatkeputusan untuk memenjarakan saya, kata Kamariah.Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untukberkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan diahidup seperti kebanyakan yang belum berkahwin diMalaysia bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Merekatidak tahu anak mereka seorang Kristian. Di sini sayaharus berhati-hati dengan siapa saya bercakap,menurut Kamariah. Ada orang Melayu yang tolerantetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akanmenghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika merekatidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikirmereka bersubahat untuk melindungi saya dan ituadalah tidak baik dalam Islam.Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas duatahun menjalinkan hubungan dengan seorang CinaKristian. Saya sentiasa iri hati, dia mempunyaihubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh,tidak boleh dicapai, katanya lagi. Doa dia dijawab.Doa saya tidak. Jadi Kamariah pada satu harimenyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyaktelah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenaiKristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang dirumah. Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayatQuran daripada dinding dan menggantung gambar bunga,katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidakperlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. Saya haraplebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengahmasyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secaraterbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalammasyarakat kita.