Selasa, 6 Januari 2009

ASAS BLOG, BLOGGER

1. Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?
Pada halaman utama Blogger, klik butang "Buat Blog Anda Sekarang". Pada halaman berikut, anda akan digesa untuk membuat Akaun Google. Anda boleh menggunakan Akaun Google anda pada perkhidmatan Google yang lain. Jika anda telah mempunyai Akaun Google mungkin dari Gmail, Kumpulan Google, atau Orkut, sila rakam masuk terlebih dahulu. Setelah anda merakam masuk, anda perlu memasukkan nama paparan dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Sebaik sahaja anda selesai dengannya, anda akan digesa untuk membuat blog dan memulakannya!
2. Bagaimana hendak membuat blog Blogger?
Sebelum anda boleh membuat blog percuma pada Blog*Spot, khidmat hos Blogger, anda perlu telah membuat akaun di blogger.com. Sebaik sahaja anda telah melog masuk ke blogger.com, klik pautan "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL). Anda juga perlu menaip kata pengesahan yang dipaparkan pada halaman ini. Apabila anda telah selesai, klik "teruskan." Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; inilah rupanya apabila anda menerbitkannya. Kemudian, Blogger akan membuat blog baru anda dan menguntukkan spot anda pada BlogSpot. Sebaik sahaja anda telah membuat catatan pertama anda, halaman anda akan muncul di alamat yang anda pilih.
3. Bagaimana hendak menyiarkan di blog saya?
Pada Papan Pemuka anda, klik pautan "Catatan Baru" di sebelah blog yang anda ingin catatkan. Seterusnya, anda akan lihat halaman Buat Catatan Baru. Mulakan dengan memberikan catatan anda tajuk (pilihan), dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda telah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk memastikan ia bersedia untuk dilancarkan. Sebaik sahaja anda telah berpuas hati dengan catatan anda, klik butang "Terbitkan". Ini akan menerbitkan catatan baru anda.
4. Bagaimana hendak menyiarkan gambar?
Anda boleh memuat naik gambar menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan mendapat tetingkap yang membolehkan anda memilih satu imej atau berbilang imej dari komputer anda. Hanya klik butang "Semak Seimbas" untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Sebagai pilihan lain, anda boleh masukkan URL imej yang telah sedia ada dalam talian untuk memasukkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pautan untuk memilih susun atur, anda boleh memperibadikan cara imej anda akan muncul dalam catatan anda. Opsyen kiri, tengah dan kanan akan menentukan bagaimana teks catatan anda mengelilingi gambar tersebut. Opsyen saiz ini membolehkan anda mengubah gambar kepada saiz berlainan dalam bahagian catatan ini.
5. Saya tidak boleh log masuk. Apakah yang saya harus lakukan?
Jika anda terlupa maklumat Akaun Google anda, anda boleh dapatkan semula maklumat log masuk Akaun Google anda dengan mengklik "?" di sebelah "Kata Laluan" pada halaman log masuk Blogger atau anda boleh gunakan halaman Bantuan Kata Laluan Akaun Google.
Ingat bahawa nama pengguna akaun Google anda adalah alamat e-mel lengkap yang anda gunakan untuk membuat akuan anda (contohnya, yourname@example.com).
Jika anda boleh log masuk ke akaun anda tetapi tidak melihat blog yang sepatutnya pada Papan Pemuka anda, kemungkinan anda telah log masuk ke akaun yang salah. Dalam hal ini, cuba log masuk dengan semua alamat e-mel anda, menggunakan borang Bantuan Kata Laluan jika perlu. Sila cuba ini walaupun anda fikir anda hanya mempunyai satu akaun. Kami telah lihat banyak kejadian apabila orang membuat akaun tambahan secara tidak sengaja tanpa menyedarinya, oleh itu memeriksanya sendiri biasanya adalah cara paling cepat untuk mendapatkan blog anda kembali.
6. Bagaimana hendak memadam blog?
Untuk memadam keseluruhan blog, hanya pergi ke tab Tetapan Asas. Pada tahap ini, pastikan betul-betul yang anda berada pada blog yang betul dan anda ingin membuangnya selama-lamanya dari akaun anda. Kemudian klik "Padam Blog Ini." Jika blog anda adalah pada pelayan anda sendiri, failnya tidak akan dipadam. Anda boleh memadamnya secara manual dengan menyambungkan ke pelayan anda melalui klien FTP.
7. Bagaimana hendak membatalkan akaun saya?
Untuk memadam Akaun Google anda, termasuk catatan anda, sila log masuk pada halaman utama Akaun Google. Sebaik sahaja anda log masuk, klik pautan "Edit" di sebelah senarai "Perkhidmatan Saya", dan anda akan mendapat halaman yang membolehkan anda memadam akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa memadam sesuatu akaun akan memadam kesemua perkhidmatan Google yang berkaitan dengan akaun tersebut, seperti profil orkut anda, halaman iGoogle anda, dan blog Blogger anda.
8. Bolehkah saya mempunyai blog yang lebih daripada seorang boleh mencatat?
Ya, ini dipanggil "blog pasukan." Pada dasarnya, seseorang pada mulanya membuat blog, kemudian menjemput orang lain menyertainya. Ahli pasukan boleh sama ada menjadi pentadbir atau pencatat biasa. Pentadbir boleh mengedit semua catatan (bukan hanya catatan sendiri), menambah dan membuang ahli pasukan (dan memberi akses tadbir), dan mengubah suai tetapan blog. Bukan pentadbir hanya boleh mencatat pada blog.
Untuk menjemput orang lain menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang." Kemudian, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput ke blog; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama kemudian. Sila ambil perhatian yang mereka perlu ada Akaun Google, dan jika mereka belum ada, mereka akan digesa untuk membuatnya. Apabila anda telah sedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput." Anda akan menerima satu e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog.
9. Bagaimana hendak menambah gambar saya ke profil saya?
Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Dari situ, masukkan URL imej profil dalam borang, dan klik "Simpan" di bahagian bawah halaman. Jika anda belum mempunyai gambar yang dihos di mana-mana, anda boleh menyiarkan gambar ke blog anda terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda telah menyelesaikannya, beralih dari editor catatan ke mod Edit HTML jika belum melakukannya. Sekaran, salin URL gambar dan tampal URL ini ke dalam medan "URL Gambar" dalam Profil anda. Kemudian, klik "Simpan" di bahagian bawah halaman, dan anda telah selesai. Sila ambil perhatian bahawa imej tersebut harus bersaiz 50k atau lebih kecil.
10. Bagaimana hendak menetapkan sambungan FTP (atau SFTP) ke hos web luar saya?
Pergi ke Tetapan Penerbitan dan pilih kaedah sambungan. Kemudian, masukkan tetapan anda. Apabila anda telah selesai, simpan perincian pelayan anda melalui butang "Simpan Tetapan" di bahagian bawah, dan terbitkan semula blog anda. Sila ambil perhatian bahawa nombor port lalai akan digunakan (:21 untuk FTP dan :22 untuk SFTP); menetapkan port pilihan tidak akan berfungsi. Juga, jangan masukkan http:// atau ftp:// dalam alamat pelayan atau tetapan laluan.
11. Bagaimana hendak menggunakan domain peribadi pada blog saya?
Jika anda tidak mengingini blogspot.com dalam alamat blog anda, anda boleh dapatkan domain anda sendiri. Kami akan teruskan mengehos semua kandungan anda seperti sebelumnya, tetapi ia akan dipaparkan pada alamat baru anda. Terdapat tiga komponen untuk menetapkan ini:
Domain Anda
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah memilih nama domain, seperti mysite.com dan mendaftarkannya. Anda boleh mendaftarkan nama domain dari mana-mana daripada sebilangan pendaftar berlainan.
Tetapan DNS
Seterusnya, anda perlu membuat rekod CNAME untuk domain anda dengan DNS, mengaitkan domain anda dengan ghs.google.com. Prosedur yang tepat untuk melakukannya berbeza, bergantung pada pendaftar domain anda, oleh itu sila hubungi pendaftar anda secara langsung dan mereka boleh membantu anda. Ketahuilah yang rekod DNS baru mungkin tidak berkuat kuasa dengan segera.
Tetapan Blogger
Pada tahap ini, pelayan DNS tahu untuk menghalakan orang ke Google apabila mereka ingin melihat blog anda, oleh itu kami perlu memastikan Google mengaitkan blog yang betul dengan domain anda. Anda perlu lakukannya pada tab Tetapan Penerbitan untuk blog anda dalam Blogger. Jika anda menerbitkan Blog*Spot, anda akan lihat satu pautan berdekatan bahagian atas yang menawarkan untuk mengalih anda ke domain peribadi. Teruskan dan klik pautan itu. Tetapan Alamat Blog*Spot sekarang bertukar ke Domain Anda. Isi domain yang anda daftarkan pada permulaan proses ini, kemudian simpan tetapan anda.
Nota:
Jika domain baru anda tidak membawa anda ke blog anda, tunggu sehari atau dua hari lagi, untuk memastikan semua pelayan DNS telah dikemaskinikan. Jika ia masih tidak berfungsi, hubungi pendaftar anda untuk memastikan yang anda memasukkan tetapan DNS dengan betul.
Alamat Blog*Spot asal anda akan maju ke domain baru anda secara automatik. Dengan cara itu, sebarang pautan atau penanda buku sedia ada pada tapak anda akan tetap berfungsi.
Anda boleh menggunakan ciri ini dengan domain (cth. mysite.com) atau subdomain (cth. name.mysite.com). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menetapkan subdirektori (cth. mysite.com/blog/) atau kad bebas (cth. *.mysite.com).

12. Bagaimana Mudah Alih Blogger berfungsi?
Untuk memulakan blog mudah alih, cuma hantar mesej (yang boleh jadi gambar, beberapa teks, atau kedua-duanya) ke go@blogger.com dan kami akan memulakan blog untuk anda! Selepas menghantar mesej, anda akan menerima balasan dengan URL blog mudah alih anda dan satu tanda yang dengannya anda boleh menuntut blog baru anda. Untuk menuntut blog anda, cuma masukkan tanda ke http://go.blogger.com. Menuntut blog mudah alih anda akan memberi anda akses penuh ke tetapan dan ciri Blogger.com, membolehkan anda mengaitkan blog anda dengan Akaun Google, dan membenarkan anda menggabungkan blog mudah alih anda dengan blog sedia ada.
13. Bagaimana hendak melabel catatan saya?
Apabila anda menulis catatan, anda mempunyai satu ruang di bahagian bawah borang yang bertanda "Label untuk catatan ini." Masukkan apa sahaja label yang anda suka, memisahkannya dengan koma. Anda juga boleh klik pautan "tunjuk semua" untuk memaparkan satu senarai label yang anda telah gunakan sebelum ini. Kemudian hanya klik pada label tersebut untuk menambahnya. Apabila anda menerbitkan catatan anda, label tersebut akan tersenarai dengannya. Dengan mengklik mana-mana daripada label tersebut akan membawa anda ke halaman yang hanya mengandungi catatan dengan label itu. Anda juga boleh menambah senarai bagi semua label anda dalam bar sisi blog anda, diisih menurut abjad atau dengan kekerapan penggunaan.
14. Bagaimana hendak menempatkan AdSense dalam blog saya?
Untuk menempatkan AdSense pada blog anda, klik pada tab Templat atau Susun Atur bagi blog anda. Dalam blog dibolehkan Susun Atur, tambah elemen laman baru dan pilih opsyen AdSense. Jika anda menggunakan templat klasik, hanya pilih pautan "AdSense" pada tab Templat. Anda boleh memilih saiz bagi iklan anda dan kemudian memperibadikan bagaimana ia kelihatan pada blog anda.
15. Bagaimana hendak membolehkan suapan tapak ke blog saya?
Mula-mula, pergi ke tab Tetapan Suapan Tapak. Di sini, anda mempunyai satu opsyen ringkas, yang mana anda boleh memilih berapa banyak kandungan anda yang anda ingin sindiketkan. "Penuh" akan membubuh seluruh kandungan bagi setiap catatan dalam suapan tapak anda, manakala "Pendek" hanya memasukkan petikan dari permulaan setiap catatan. Opsyen "Tiada" menutup suapan tapak anda sepenuhnya.
16. Apakah itu butang "Bendera"?
Ciri ini dipanggil "Benderakan Sebagai Tidak Menyenangkan" dan ia boleh diakses melalui Navbar Blogger. Butang "Bendera?" membolehkan komuniti blog untuk memperhatikan kandungan boleh dipersoalkan, yang membantu kami mengambil tindakan pula apabila diperlukan. Apabila seseorang yang melawat blog mengklik butang "Flag?" dalam Navbar Blogger, ia bermaksud mereka percaya kandungan blog tersebut mungkin berpotensi kesat atau menyalahi undang-undang. Kami menjejak berapa kali sesuatu blog dibenderakan sebagai tidak menyenangkan dan mengguna maklumat ini untuk menentukan tindakan apa yang diperlukan. Ambil perhatian yang para pengguna boleh mengklik butang ini buat kali kedua untuk menarik balik bendera mereka.
17. Bagaimana hendak menyederhanakan ulasan pada blog saya?
Anda boleh dapati tetapan penyederhanaan ulasan pada tab Tetapan Ulasan. Ia cuma opsyen ya/tidak yang ringkas. Memilih "ya" untuk opsyen ini memberikan anda ruang untuk memasukkan alamat e-mel anda. Ini membolehkan anda menyederhanakan ulasan melalui e-mel tanpa menjejaskan tetapan pemberitahuan ulasan yang biasa. Ia adalah pilihan, memandangkan anda boleh menyederhanakan ulasan pada bila-bila masa melalui antara muka Blogger. Oleh itu, tetapkan opsyen kepada "ya," masukkan alamat pemberitahuan jika diingini, simpan tetapan tersebut, dan tunggu ulasan anda yang berikutnya.
Semua ulasan yang masuk akan pergi ke halaman "Ulasan Sederhana" khusus sekarang, yang anda boleh dapati di bawah tab Pencatatan. Pada halaman ini, anda akan lihat satu senarai bagi semua ulasan yang telah dibuat tetapi belum diluluskan atau ditolak. (Senarai ini tidak memasukkan sebarang ulasan yang dibuat oleh ahli pentadbiran bagi blog tersebut.) Setiap baris dalam senarai memaparkan permulaan ulasan, nama pengarang dan waktu ia dibuat. Mengklik segi tiga di sebelah kiri akan memanjangkan baris untuk menunjukkan teks penuh bagi ulasan tersebut, berserta pautan "Terbitkan" dan "Tolak", yang anda boleh gunakan untuk meluluskan atau tidak meluluskan ulasan itu.
Keseluruhan proses boleh juga dilakukan melalui e-mel. Jika anda memasukkan alamat e-mel untuk penyederhanaan, anda akan mendapat mesej bagi setiap ulasan yang mengandungi pautan "Terbitkan" dan "Tolak", serta satu pautan ke halaman penyederhanaan utama bagi blog tersebut.
18. Bagaimana hendak menggunakan ciri Susun Atur Blogger?
Mula-mula, dapatkan nama blog anda pada papan pemuka anda, dan klik pautan "Templat" di sebelahnya. Jika pautan ini adalah sebaliknya menunjukkan "Susun Atur", dengan itu anda telah menggunakan ciri Susun Atur dan anda boleh langkau langkah pertama ini. Pada halaman Templat, lihat dalam pautan navigasi bagi tab tersebut yang menunjukkan "Peribadikan Reka Bentuk Anda" dan klik padanya. Anda akan mendapat mesej yang menerangkan bahawa Blogger akan membuat sandaran bagi templat semasa anda. (Sandaran ini akan tersedia bagi tempoh masa yang tidak terbatas jika anda ingin berbalik semula kepadanya kemudian nanti.) Klik butang "Tingkatkan Templat Anda" untuk meneruskan. Kemudian, pilih satu daripada reka bentuk templat lalai, klik "Simpan Templat," dan anda telah bersedia untuk meneruskan.
Sebaik sahaja templat anda telah ditingkatkan, anda boleh susun elemen dalam templat anda secara yang anda mahu ia dipaparkan. Hanya klik pada elemen yang anda ingin alihkan dan seret dan turunkan unsur ke tempat yang anda ingini. (Nota: dalam kebanyakan templat, anda boleh alihkan semua elemen kecuali Navbar, catatan dan pengatas blog anda.) Anda boleh menambah beberapa elemen laman ke halaman atau bar sisi blog anda dengan mengklik "Tambah Elemen Laman". Ini akan membuka tetingkap pop-naik yang akan membolehkan anda menambah elemen ke blog anda dengan mengklik "Tambah ke Blog" dalam bahagian elemen yang diingini.
19. Mengapa terdapat pengesahan kata pada borang catatan saya?
Pengesahan kata pada borang pencatatan adalah untuk mekanisme pengurangan spam untuk BlogSpot secara umumnya. Terdapat dua punca yang berpotensi:
Potensi Spam
Dalam hal ini, pengesahan kata digunakan pada blog tertentu yang berpotensi spam oleh sistem automatik. Oleh sebab ini adalah automatik, semestinya terdapat beberapa positif palsu, walaupun kami terus berusaha meningkatkan algoritma kami untuk mengelakkan perkara ini. Dengan adanya pengesahan kata pada borang pencatatan anda tidak menghalang anda dari menerbitkan dan tidak bermakna yang blog anda akan dipadamkan atau didenda sebaliknya jika sebenarnya ia tidak melanggar dasar-dasar kami. Untuk mengelakkan kesulitan lebih lanjut semasa menerbitkan, klik "?" ikon (tanda soal) di sebelah pengesahan kata pada borang pencatatan anda. Ini akan membawa anda ke halaman yang mana anda boleh meminta kajian semula bagi blog anda. Kami ada orang yang boleh melihatnya, mengesahkan bahawa ia bukanlah spam, dan kemudian menyenaraiputihkan blog anda agar ia tidak lagi mempunyai keperluan pengesahan kata.
Kadar Pencatatan Tinggi
Jika anda membuat sebilangan besar catatan dalam sehari, anda akan diminta melengkapkan pengesahan kata bagi setiap satu, tidak bergantung pada sama ada blog anda telah bersih dari spam yang berpotensi atau pun tidak. Jika ini berlaku kepada anda, cuma lengkapkan pengesahan kata bagi setiap catatan, atau tunggu 24 jam, yang pada suatu ketika akan dibuang secara automatik. Sekatan ini diadakan agar dapat mengawal beban pada pelayan kami sama juga seperti mencegah spam tak tersirat. Oleh itu, tidak terdapat proses mengkaji semula penyenaraian putih untuk mengecualikan blog individu.
20. Mengapa blog saya dilumpuhkan?
Melumpuhkan adalah hasil dari sistem pengelasan automatik kami yang menandakan blog sebagai spam. Jika blog anda bukan blog spam, bermakna ia telah dikelaskan secara salah oleh sistem automatik kami dan kami meminta maaf. Jika blog anda telah dilumpuhkan, ia akan disenaraikan pada Papan Pemuka anda, tetapi anda tidak boleh mengkliknya untuk mengakses. Jika berlaku begini, terdapat tempoh tangguh yang mana anda boleh memintanya untuk dikaji semula dan dipulihkan.
21. Bolehkah saya menggunakan pintasan papan kekunci semasa mencatat?
Blogger mempunyai beberapa pintasan papan kekunci untuk digunakan semasa mengedit catatan. Ia pasti berfungsi dalam Internet Explorer 5.5+/Windows dan kumpulan Mozilla (1.6+ dan Firefox 0.9+), dan mungkin berfunsi dalam penyemak imbas lain. Inilah pintasan tersebut:
control + b = Huruf Tebal
control + i = Huruf Condong
control + l = Buka Kata Besar (semasa dalam mod HTML sahaja)
control + z = Buat Asal
control + y = Buat Semula
control + shift + a = Pautan
control + shift + p = Pratonton
control + d = Simpan sebagai Draf
control + s = Terbitkan Catatan
control + g = Transliterasi Hindi
22. Bagaimana hendak menggunakan ciri transliterasi?
Blogger menawarkan opsyen transliterasi automatik untuk menukarkan huruf Rumi kepada huruf Devanāgarī yang digunakan dalam Hindi. Ini membolehkan anda menaip perkataan Hindi secara fonetik dalam tulisan Inggeris dan tetap menghasilkannya dalam abjadnya yang betul. Untuk membolehkan ciri ini, pergi ke halaman Tetapan Asas dan pilih "Ya" untuk opsyen transliterasi. Tetapan ini akan melibatkan semua blog pada akaun anda, serupa dengan tetapan Mod Karang.
23. Bagaimana hendak menggunakan editor catatan Blogger?
Editor catatan Blogger mempunyai tiga mod:
Karang: mod WYSIWYG di mana anda memanipulasi teks dengan butang pemformatan.
Edit HTML: mod mentah yang mana anda mengedit html secara manual.
Pratonton: memberikan pratonton isi penuh catatan, termasuk Tajuk, pautan dan imejnya.
Untuk beralih antara mod-mod ini, cuma klik pautan yang sesuai. Butang pemformatan hanya terdapat dalam penyemak imbas tertentu.
Ciri-ciri, dari kiri ke kanan:
Fon
Saiz fon
Huruf Tebal
Huruf Condong
Warna fon
Pautan
Padat ke kiri
Tengah
Padat ke kanan
Imbang penuh
Senarai (bernombor) bertertib
Senarai (titik tumpu khas) tak tertib
Buka kata besar
Semak ejaan
Muat naik imej
Buang pemformatan dari pilihan
24. Di manakah boleh saya beli nama domain peribadi untuk blog saya?
Terdapat banyak syarikat yang anda boleh beli nama domain, biasanya pada harga tahunan yang amat berpatutan. Carian Google untuk pendaftar domain menghasilkan banyak sekali opsyen. Anda juga boleh menengok-nengok harga melalui senarai ini:
GoDaddy.com
ix web hosting
1and1
EveryDNS.net
Yahoo! Small Business
No-IP
DNS Park

25. Bagaimana hendak menukar format tarikh yang dipaparkan dalam blog saya?
Anda boleh menukar format tarikh baik bagi catatan mahu pun pautan arkib dengan mengedit tetapan blog anda. Pada halaman Tetapan Pemformatan, terdapat medan untuk "Format Pengatas Tarikh" dan "Format Tarikh Indeks Arkib." Kedua-dua medan menyertakan menu jatuh turun yang menyenaraikan opsyen format untuk memaparkan tarikh. (Pengepala Tarikh biasanya berada di atas catatan anda dan Indeks Arkib biasanya adalah senarai pautan arkib dalam bar sisi anda.) Klik "Simpan Tetapan" di bahagian bawah halaman apabila anda telah selesai.
26. Apakah itu templat catatan?
Templat cacatan membantu pengguna menjimatkan masa dengan mempra-format editor cacatan. Sesetengah pengguna mahu catatan mereka diformatkan dalam cara tertentu. Sebagai contoh, seseorang mungkin ingin memaut kepada artikel di baris pertama, kemudian memetiknya di bawah. Dalam hal ini, pautan dan tag buka kata besar semuanya boleh dimasukkan dalam templat catatan dan ia akan muncul, sedia untuk diisi, pada setiap catatan baru.
27. Apakah itu pautan balik dan bagaimana hendak menggunakannya?
Pautan balik membolehkan anda menjejak halaman lain pada web yang berpaut pada catatan anda. Jika kawan anda berpaut pada satu daripada catatan, contohnya, secara automatik catatan tersebut akan menunjukkan bahawa orang lain telah berpaut padanya, dan ia akan memberi coretan pendek teks kawan anda dan satu pautan ke catatan rakan anda. Tetapan pautan balik boleh didapati di bawah tab Tetapan Ulasan, dan terdiri daripada opsyen tunggal yang ringkas untuk menghidupkan dan mematikannya. Jika ia dibolehkan, anda akan lihat satu pautan bertanda "Pautan ke catatan ini" bersebelahan pautan ulasan bagi setiap catatan.
28. Apakah opsyen pengesahan kata?
Opsyen "pengesahan kata" boleh didapati pada tab Tetapan Ulasan bagi blog anda. Jika anda memilih "ya" untuk tetapan ini, orang yang meninggalkan ulasan pada blog anda akan diminta melengkapkan langkah pengesahan kata, serupa dengan yang diberikan semasa anda membuat blog. Tujuannya adalah untuk mencegah sistem automatik daripada menambah ulasan pada blog anda, oleh sebab ia memerlukan manusia untuk membaca perkataan tersebut dan melepasi langkah ini. Jika anda pernah menerima ulasan yang kelihatan seperti iklan atau pautan rawak ke tapak yang tidak berkaitan, anda telah terjumpa spam ulasan. Banyak yang dilakukan secara automatik oleh perisian yang tidak dapat melepasi pengesahan kata, oleh itu, membolehkan opsyen ini adalah cara bagus untuk mencegah banyak ulasan yang tidak dikehendaki itu.
29. Bolehkah saya mengedit HTML susun atur blog saya?
Tentu sekali, hanya pergi ke tab Templat Edit HTML. Perkara pertama pada halaman ini adalah satu opsyen untuk memuat turun satu salinan templat anda ke fail teks pada pemacu keras anda. Kami amat mengesyorkan anda berbuat demikian agar anda boleh berbalik dengan mudah dengan cara memuat naik semula fail yang sama. Seterusnya adalah kod sebenar untuk templat anda. Tentu anda perasan yang ia kelihatan seperti HTML dan CSS biasa, tetapi juga termasuk banyak tag peribadi yang membuatnya serasi dengan editor susun atur seret dan turun kami, dan dengan fon dan pemilih warna.
30. Di manakah tajuk blog saya muncul?
Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan Asas dalam Blogger, boleh muncul dalam berbagai-bagai tempat: blog diterbitkan anda, pada papan pemuka anda, dalam profil anda dan pada senarai "Kemas Kini Terbaru" pada Papan Pemuka (jika blog anda tersenarai). Oleh itu, pastikan ia kreatif!
31. Apakah itu URL?
URL adalah lokasi sesebuah fail pada web. Beberapa contoh URL termasuk http://www.blogger.com/, atau http://myblog.blogspot.com/. URL yang anda pilih akan digunakan oleh anda dan pelawat anda untuk mengakses blog anda.
Semasa proses pembuatan blog, anda akan diminta memilih URL untuk blog anda jika anda inginkan ia dihoskan pada Blog*Spot. Memandangkan sudah terdapat sebilangan besar blog Blog*Spot, anda perlu mendapatkan satu yang kreatif dan mungkin cuba beberapa yang berlainan sebelum anda menjumpai satu yang telah tersedia. Satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa memilih URL blog anda ialah tanda sempang (juga diketahui sebagai sengkang, - ) adalah satu-satunya aksara bukan abjad angka yang dibenarkan. Jarak tidak dibenarkan, begitu juga garis bawah (_) atau mana-mana aksara khas lain.
32. Apakah yang tetapan "penyenaraian" lakukan?
Tetapan "Tambah blog anda ke penyenaraian kami?" menentukan sama ada blog anda akan muncul pada blogger.com atau tidak — lebih khusus lagi, bagi senarai blog pada halaman profil anda dan blog kemas kini terbaru yang ditunjukkan pada halaman utama Blogger. Anda boleh dapati tetapan in pada halaman Tetapan Asas. Nota: Jika templat blog anda menggunakan tag BlogMetaData, mematikannya juga bermakna blog anda tidak akan dirangkak oleh enjin carian.
33. Apakah yang tetapan pengekodan lakukan?
Tetapan pengekodan memberitahu penyemak imbas web bagaimana hendak memaparkan blog anda. Ini tidak begitu penting untuk blog berbahasa Inggeris, tetapi adalah penting bagi blog bukan Inggeris untuk dipaparkan dengan betul. UTF-8 dipilih secara lalai, memandangkan ia menyokong semua bahasa. Tetapi dalam beberapa hal, anda perlu mencuba pengekodan lain. Dan jika sesuatu pengekodan yang anda perlukan tidak tersenarai, beritahu kami dan kami akan menambahnya secepat mungkin.
34. Apakah itu Pelayan FTP?
Pelayan FTP adalah sebuah komputer yang menggunakan FTP untuk menerima fail yang dimuat naik daripada para pengguna. Alamat pelayan FTP anda biasanya kelihatan lebih kurang seperti ini: ftp.example.com
Apabila anda membeli khidmat hos, anda seharusnya diberikan alamat pelayan FTP untuk digunakan. Jika anda tidak mendapat maklumat ini atau anda tidak pasti mengenainya, sila hubungi penyedia hos anda.
Nota:
Nombor port lalai yang akan digunakan (:21 untuk FTP dan :22 untuk SFTP). Menetapkan port alternatif tidak akan berfungsi.
Jangan masukkan http:// atau ftp:// dalam alamat pelayan.

35. Apakah itu laluan FTP?
Laluan FTP memberitahu Blogger di mana hendak menempatkan fail blog anda pada pelayan anda. Ia harus dalam format ini:
directory/directory/ (pastikan untuk menyertakan garis condong mengekor)
Jika anda biasa dengan FTP, laluan anda adalah direktori yang boleh diakses web anda. Contohnya, ia mungkin 'htdocs' atau 'www' atau 'public_html,' atau, jika anda ingin meletakkan blog anda dalam subdirektori, 'htdocs/blog/' dsb.
Jika semua ini nampaknya agak rumit, cuba hubungi penyedia hos anda untuk bantuan. Mereka boleh memberitahu anda bagaimana ia harus ditetapkan untuk pelayan khusus anda.
Nota:
JANGAN gunakan http://, ftp:// atau alamat pelayan anda dalam laluan tersebut.
Direktori yang anda tetapkan harus sedia ada pada Pelayan FTP anda.
Ini tidak harus menjadi laluan mutlak - ia harus berkaitan dengan lokasi punca ftp anda pada pelayan.

36. Apakah perbezaan antara menerbitkan semula indeks lwn. keseluruhan blog?
Jika anda mempunyai blog FTP, anda masih perlu menerbitkan semula blog anda agar dapat menggambarkan kemas kini. Terbitkan Semula Indeks Sahaja bermaksud hanya halaman indeks (dan suapan tapak, jika dibolehkan) akan diterbitkan semula.
Terbitkan Semula Seluruh Blog akan menerbitkan semula seluruh blog - halaman indeks, suapan, arkib & halaman catatan. Ini akan menggunakan perubahan templat terbaru anda kepada semua halaman blog anda. Ini akan mengambil sedikit masa jika anda mempunyai banyak catatan.

Tiada ulasan: