Rabu, 24 September 2008

Kemanakah Arah Kita?

Persoalan ini makin menghantui sekalian rakyat Malaysia kini? Perkembangan politik semasa kini semakin bercelaru. Pelbagai perkara yang berlaku muktahir ini menjadi persoalan yang tiada jawapan....
Kenaikan Harga Minyak yang mendadak sehingga 40% amat membebankan rakyat merhaien kerana diikuti kenaikan harga barangan seharian menyebabkan peningkatan gelombang ganas inflasi. Ini ekoran pemerintah kini yang kurang bijak dalam mentadbir ekonomi negara tanpa meneliti secara terperinci kesan langsung yang bakal dijanakan untuk rakyat. Sebaliknya mengkayakan lagi anak menantu dengan mewujudkan penyelewengan tersembunyi ianya sama erti dengan merompak khazanah negara.
Suasana ramadhan dan persiapan menjelang aidilfitri 1429h (2008) kali ini agak berbeza bahangnya selepas menghadapi PRU 12 pada 8.3.08 dan seterusnya PRK Permatang Pauh pada 26.8.08. Kerajaan pimpinan **** amat kelihatan amat lemah dan layu serta hilang taring sehinggakan individu yang dilantik ke jawatan bertaraf MENTERI pun sanggup menolak tawaran tersebut, yang dah sah menjadi menteri pula meletak jawatan. Situasi ini tidak pernah terjadi semenjak tanah melayu ini bebas dari penjajah.... (walaupun tidak bebas manapun kerana masih berkiblatkan penjajah).
Persiapan untuk aidilfitri tahun ini amat terasa bahangnya akibat tekanan INFLASI terutamanya dalam perkara asas kehidupan iaitu makanan dan pakaian ; wang yang ada semakin mengecil walaupun nilainya agak besar sebelum ini.
Apa yang boleh dibeli dgn RM 1? Kita renungkan sejenak harga Kuih Muih ( contohnya kawasan utara)....
*Pada 2 tahun lepas (2006) - sebiji kuih hanya RM 0.20 (5 biji = RM 1) hingga RM0.25 (4 biji = RM 1),
*Tahun Lepas (2007) - sebiji kuih adalah RM 0.25 (4 biji = RM 1) hingga RMo.30 (kenaikan harga tepung + minyak petrol naik RM 0.30 seliter),
*Tahun ini (2008) - sebiji kuih adalah RM 0.40 hingga RM 0.50 (2 biji = RM 1)
Ini hanya perbandingan harga kuih biasa dalam 3 tahun muktahir ini.... apatah lagi barangan lain yang naik dalam lingkungan 30% - 60% selepasa kenaikan harga bahan bakar terutamanya petrol sehingga RM 0.78 seliter.
Pelbagai isu lain yang gagal ditadbir dan ditangani dengan bijaksana oleh pemerintah di peringkat persekutuan telah meletakkan rakyat semakin terhimpit dan tersepit.... KEMANAKAH ARAH KITA sebagai rakyat dibumi Malaysia dalam menangani situasi semasa yang kurang stabil akibat proses pelupusan sebuah rejim yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ini... Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara pertukuran parfolio menteri secara 'ad-hock' dan ianya berkuatkuasa serta-merta. Kejadian pelik ini amat kelakar dan memalukan kita sebagai rakyat di bumi malaysia ini......