Ahad, 25 Januari 2009

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA

KISAH DAN TAULADAN
Kisah Nabi Musa dan seorang Wali Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk Nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya. Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur Sina bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya. Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan dengan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu. Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali. 9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah). Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau Tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya. Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’: Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya… Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya”.

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA




KELEBIHAN ORANG -ORANG YANG MENDAPAT BIMBINGAN ALLAH S.W.T


Ulama merupakan pewaris para anbiya. Namun demikian, ulama yang dimaksudkan disini bukanlah mereka yang memperolehi ilmu mereka daripada buku-buku. Ulama yang dimaksudkan ialah mereka yang bergelar aqtab.


Bagi golongan ini, Allah telah membuka enam kunci kuasa di dalam hati mereka, dan juga memberitahu mereka tujuh nama peribadi yang ada untuk mereka.


Lima peringkat Qutub:


• Qutub

• Qutub al-Bilad

• Qutub al-Mutassarif

• Qutub al-Irshad, dan

• Qutub al-Aqtab.


Qutub merupakan seorang yang telah dianugerahkan oleh Allah satu kuasa yang boleh mengeluarkan daripada zat Muhamamd ilmu-ilmu kerohanian dari alam kerohanian dan ghaib ke dunia. Beliau dapat memperolehi dan mengeluarkan ilmu dan rahsia dari hati Rasulullah (saw). Ini merupakan tahap pertama seorang qutub.


Qutub al-Bilad bertanggungjawab ke atas susunan dan kestabilan di dalam dunia ini. Beliau tahu tentang keperluan-keperluan setiap bangsa dan segala kumpulan makhluk di bumi ini.


Qutub al-Irshad menjadi penasihat kepada 124,000 para awliya.


Qutub al-Mutassarif diberi otoriti untuk mengarah para malaikat kepada setiap manusia dan makhluk, dan juga bertanggungjawab ke atas makhluk-makhluk yang kecil seperti cacing-cacing yang tinggal di celah-celah batu. Semua kuasa ini datangnya dari Sayyidina Muhammad (saw).


Qutub al-Aqtab menyelia dan bertanggungjawab ke atas aqtab-aqtab yang lain.

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA

Jenis Wali-Wali Allah PEMBAHAGIAN WALI-WALI Allah .


1. Al-Aqtab Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-A immah Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An-Nuqaba' An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba' An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi: "Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam". Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA


DATO' KENALI dan sumbangannya kepada ISLAM NUSANTARA......



Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Tanah Melayu. Sezaman dengan Tun Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H-1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu dan soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum itu, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawwuf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun, beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa, bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan.

Antara murid-muridnya termasuklah Hj. Mat Jebeng, Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payung, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato' Hj. Ahmad Maheral-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato' Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato' Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato' Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhar Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).


Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri, Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah), juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' itu sangat berkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali. Beliau kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad, 2 Syaaban 1352 bersamaan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

KEWALIAN DAN KOMENTARNYA

TANDA-TANDA WALI Allah


1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt. Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: "Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka." Dari Said ra, ia berkata: "Ketika Rasulullah saw ditanya: "Siapa wali-wali Allah?" Maka beliau bersabda: "Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah."

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya. Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: 10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I hal. 6 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya' dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6). "Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu'adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu'adz?" Kata Mu'adz: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu."

3. Mereka bertakwa kepada Allah. Allah swt berfirman: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat"13 Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: "Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana."

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya. Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata: Hadis riwayat Nasa'i, Al Bazzar dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6 Surah Yunus: 62 - 64 Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104 "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah." Tanya seorang: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?" Sabda beliau: "Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah." Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

5. Mereka selalu sabar, wara' dan berbudi pekerti yang baik. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa"Rasulullah saw bersabda: Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5 "Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara' dan berbudi luhur kepada orang lain." Rasulullah saw bersabda: "Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka." Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: "Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat."

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana. Dari Ibnu Umar ra, katanya: "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang." Rujukan:- Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya' Hadis riwayat Abu Hu'aim dalam kitab Al Hilya Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah. Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha'i: "Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da'i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka."

9. Mereka senang bermunajat di akhir malam. Imam Ghazali menyebutkan: "Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: "Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. " Tanya seorang siddiq: "Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?" Firman Allah: "Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku', sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?" Rujukan:- Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80 Ihya' Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah. ‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Malaikat memberitahu kepadaku: "Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur'an. Mereka suka membaca Al Qur'an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: "Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu."

11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya. Dari Anas ibnu Malik ra berkata: "Rasul saw bersabda: "Berapa banyak manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra' ibnu Malik, salah seorang di antara mereka." Ketika Barra' memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: "Wahai Barra', sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: "Andaikata Barra' berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami." Maka Barra' berdoa, sehingga kami diberi kemenangan. Di medan peperangan Sus, Barra' berdo'a: "Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu." Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra' gugur sebagai syahid. Rujukan:- Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I, hal 16

12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung. Abdullah ibnu Mas'ud pernah menuturkan: "Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan", pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: "Apa yang engkau baca di telinga orang itu?" Kata Abdullah: "Aku tadi membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan" sampai akhir surah." Maka Rasul saw bersabda: "Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur." - Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam Al Hilya jilid I hal 7

Selasa, 20 Januari 2009

DAJJAL: BAHAYA YANG MENANTI

Di mana-mana sahaja forum di internet hatta di kedai kopi sekali pun akan berlaku suatu percanggahan pendapat tentang memahami permasalahan Dajjal. Biasanya percanggahan pendapat itu meliputi perkara-perkara berikut:
• Bagaimana rupa sebenar Dajjal itu?• Bagaimana bentuk badan, saiz dan kepalanya?• Apakah sebenarnya Dajjal itu?• Bagaimana ia muncul?• Bila ia muncul?• Dan sebagainya…
Persoalan-persoalan di atas seringkali timbul apabila dua orang atau lebih cuba berbincang tentang hal ehwah kewujudan Dajjal itu. Namun tidak akan ada yang mengatakan Dajjal itu palsu atau perkara karut kerana ia diberitakan sendiri oleh Rasulullah SAW di dalam hadithnya.
(Semenjak blog ini dibuka pada 31 Julai 2007, kami sering menerima email-email berbentuk ugutan, kecaman dan penghinaan terhadap Islam. Kebanyakan email adalah dari Indonesia dan kami yakin ianya ditulis oleh individu non-muslim.)
Konflik Ketika Berbicara Hal Dajjal
Apabila berbicara hal Dajjal, biasanya tidak timbul sebarang masalah dikalangan masyarakat awam. Masalah mungkin hanya akan timbul apabila di dalam kelompok perbincangan itu ada individu-individu yang bertegas tentang pendapat masing-masing tanpa mempedulikan pandangan orang lain.
Biasanya masyarakat yang berbincang seperti situasi ini akan menggunakan nama orang-orang tertentu untuk mengukuhkan pandangannya. Nama yang biasa digunakan ialah ustaz-ustaz, ulama-ulama atau penceramah-penceramah agama.
Dalam konflik perbincangan seringkali kita akan mendengar individu-individu ini menyebut seperti ini;
“Aku dengar ustaz tu cakap…..”« Aku ada terbaca satu buku, ustaz tu cakap … »« Aku ada dengar satu ceramah, ustaz tu cakap … »
Yang lebih memeningkan lagi apabila ada yang lebih ekstrem bila berbicara…
« Sebenarnya Dajjal itu……, aku dah baca dalam kitab pun …. »
Itulah pelbagai dialog yang biasa kita dengar apabila berbicara tentang hal ehwal Dajjal.
Perbezaan pendapat itu dibolehkan, tetapi haruslah menjaga adabnya. Di dalam membicarakan hal Dajjal ini, tiada siapa boleh mengatakan ianya benar (hatta Blog ini sendiri atau Muhammad Isa Dawud sendiri pun).
Dajjal adalah suatu perkataan yang disabdakan Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu. Ianya akan muncul pada akhir zaman tetapi bagaimana ia muncul, rupa sebenar, tidak kita ketahui.
Kita boleh membuat teori tetapi kita tidak boleh mengatakan ianya benar 100% dan kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut pendapat kita.
Tertib tulisan Muhammad Isa Dawud
Jika anda peminat setia tulisan-tulisan Muhammad Isa Dawud, anda akan dapati tiada langsung unsur-unsur paksaan yang dikemukakan oleh Muhammad Isa Dawud. Beliau hanya memberikan pandangan berasaskan kajiaannya. Kemudian terpulang kepada kita sama ada mahu berpegang kepada teorinya atau membiarkannya sahaja.
Teori Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal adalah jelas, beliau mempercayai Dajjal itu manusia dan makhluk itulah yang mengatur semua strategi konspirasi di seluruh dunia. Kemudian menjadikan individu-inidivdu Yahudi tertentu sebagai agen-agennya.
Matlamat Blog ini
Seperti Blog ini, ianya dibina khusus untuk mendakwahkan teori-teori Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal. Disamping itu, ia cuba memperkembangkan teori-teori tersebut berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan sendiri.
Sesiapa jua yang membaca blog ini dan pandangannya tentang Dajjal tidak perlu untuk setuju 100%. Tiada paksaan dalam memahami teori-teori yang kami bawa ini.
Namun blog ini tidak dibina hanya sekadar untuk memenuhi ruang-ruang bicara hal ehwal Dajjal. Kami amat serius terhadap setiap artikel kami dan kami cuba membina artikel itu dengan kaedah sendiri dan cernaan pandangan kami sendiri.
Adab Individu
Sekiranya anda bersetuju dengan pandangan Muhammad Isa Dawud dan Blog ini, ianya merupakan suatu talian dakwah yang tidak kelihatan. Sekiranya ada individu lain yang berbeza pendapat dengan anda, janganlah pula membangkang pandangan orang itu dan merendah-rendahkan pengetahuannya.
Harus bagi kita menghormati perbezaan pendapat orang lain walaupun belum tentu orang lain menghormati pandangan kita. Menghormati dan mendengar pandangan orang adalah sifat paling mulia dan menjauhkan diri dari takkabbur.
Orang yang mempunyai pandangan yang berbeza bukanlah bermakna ia salah. Tetapi itu bermakna ia mempunyai sifat ambil tahu. Adalah lebih baik berhujah dengan orang yang suka mengambil tahu dari yang malas langsung berfikir tentang Dajjal.
Memahami Perbezaan Pandangan Para Ulama
Terdapat pelbagai ulama, imam dan tabi’in yang membicarakan hal ehwal Dajjal, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi dalam kitab-kitab mereka. Perbezaan itu adalah disebabkan mereka tinggal di negera-negara yang berlainan, budaya berlainan, bercakap bahasa ibunda yang berlainan dan menuntut ilmu pada guru-guru yang berlainan.
Tiada siapa yang salah tiada siapa yang betul. Semua pandangan yang dikemukakan boleh jadi salah dan boleh jadi juga betul.
Adab kita apabila membaca kitab-kitab mereka jangan pula kita menganggap imam ini salah, imam itu betul. Setiap imam ada ijtihad masing-masing berdasarkan kesempurnaan ilmu masing-masing.
Perbezaan pandangan antara mereka tidaklah sampai bertegang urat dan mencerca kelompok lain. Seperti mana jika anda ke Mekah, tiada bacaan Qunut oleh Imam Masjidil Haram tetapi ia bukanlah pula jatuh kepada taraf tidak sah sembahyang. Anda juga tidak akan mendengar ulama di Malaysia mengatakan solat berjemaah di sana tidak sah.
Bicara solat di Mekah dan solat berimamkan imam mazhab-mazhab lain perlu dpelajari dari ilmu-ilmu mazhab.. Dan ilmu-ilmu mazhab ini pula adalah syarat pula untuk melantik seseorang tersebut ke jawatan Mufti.Perbezaan Pandangan Itu Cabang-Cabang Ilmu
Tidak ramai yang mahu peduli bahawa ‘perbezaan pandangan’ itu adalah cabang-cabang ilmu. Ianya amat digalakkan dalam Islam walaupun khilaf yang wujud mungkin berada pada kategori kritikal.
Kita sering mendengar perkataan ‘khilaf ulama’ di dalam jawapan-jawapan para ustaz yang menjawab soalan-soalan pembaca di akhbar-akhabr atau majalah. Apabila menjawab soalan pembaca, kebiasaan ustaz-ustaz ini akan mengemukakan khilaf-khilaf ulama.
Tujuan dikemukakan khilaf-khilaf itu bukanlah bertujuan mengelirukan pembaca tetapi ia adalah adab seseorang yang ‘berilmu’ apabila menjawab permasalahn masyarakat.
Maksud khilaf ulama (khususnya hal ehwal Dajjal) itu bukanlah percanggahan pendapat yang sehingga menimbulkan permusuhan antara ulama. Perselisihan mereka adalah dalam konteks bicara ilmu, mereka bercanggah berdasarkan tahap pengetahuan dan pengalaman masing-masing.
Categories: General Tagged: , , , , ,